Thursday, October 21, 2010

Home » » 8 tip percutian anda bersama anak kecil

8 tip percutian anda bersama anak kecil





Anak kecil tidak harus menjadi penghalang bagi ibu bapa merancang percutian. Sebaliknya dengan kehadiran anak-anak, percutian menjadi lebih 'menarik' dan 'mencabar'. Ikuti panduan berikut agar anda dapat menikmati percutian anda bersama si manja.
 
1: Sediakan senarai lengkap dan catat segala keperluan asas yang harus dibawa bersama bagi percutian tersebut.
 
2: Pastikan anda memberitahu anak mengenai percutian itu berulang kali. Terangkan juga mengenai etika dalam pesawat. Bagi anak yang masih menyusu, berikannya botol susu untuk diminum buat seketika sebelum kapal terbang berlepas bagi menghindari telinga mereka daripada berdengung akibat penukaran tekanan udara secara mendadak.

3: Pilihlah waktu penerbangan yang sewaktu dengan masa tidur anak-anak.
 
4: Pastikan anda menyediakan makanan ringan bagi memastikan anak-anak tidak kelaparan dan letak makanan itu di beg yang mudah diambil jika perlu.
 
5: Pastikan anda membawa bekalan ubat asas bagi anak-anak seperti ubat demam, selesema, sakit perut dan sebagainya. Sediakan senarai doktor dan hospital yang berdekatan bagi setiap destinasi percutian anda.  

6: Belikan pelan insurans yang bersesuaian bagi percutian anda supaya segala keperluan kecemasan boleh ditanggung syarikat insurans  

7: Pelbagaikan tempat penginapan anda semasa percutian agar anak-anak berpeluang menikmati pengalaman yang berbeza.
 
8: Atur jadual lawatan ke tempat-tempat yang mesra anak-anak kecil agar mereka tidak mudah bosan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update