Tuesday, December 14, 2010

Home » » Guru tuisyen liwat remaja

Guru tuisyen liwat remaja

2010/12/14

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang guru tuisyen di sini semalam, selepas disyaki melakukan gangguan seksual dengan menayangkan video lucah serta meliwat remaja lelaki berusia 17 tahun.

Difahamkan, guru tuisyen berusia 30 tahun yang mengajar Matematik mengambil kesempatan terhadap pelajar itu dengan mengulangi gangguan seksual.
Bagaimanapun, rahsia guru terbabit terbongkar selepas remaja berkenaan menceritakan perkara itu kepada ibu bapanya kelmarin, sebelum membuat laporan di Balai Polis Skudai.

Laporan polis itu turut mendakwa guru tuisyen terbabit melakukan gangguan seksual dengan menayangkan video lucah serta meliwatnya dua kali iaitu pada November 2008 dan Mei 2009.

Guru tuisyen itu juga didakwa pernah melakukan seks oral dan mengajar teknik beronani kepada remaja terbabit yang kini menamatkan pengajian di Tingkatan Lima.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Johor Bahru Utara, Superintendan Akhir Ishak, ketika mengesahkan perkara itu berkata suspek ditahan di kediamannya di Skudai, kira-kira jam 11 pagi.
“Berdasarkan laporan polis, remaja berkenaan mula menghadiri kelas tuisyen Matematik kelolaan guru terbabit sejak empat tahun lalu.

“Remaja itu berusia 13 tahun ketika mengikuti kelas tuisyen berkenaan, tetapi polis akan menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan kesahihan dakwaan terbabit,” katanya.

Akhir berkata, guru tuisyen terbabit kini direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara 20 tahun dan sebat

3 comments:

En. Epai said...

Weh kalu dah kemaruk pergi lorong belakang la, apala kasi buruk profession guru jer...nahaiiiii

relevan said...

Haru punya kes !

farah said...

ntah....pening pala..cikgu pun susah nk caya now...

http://sayasukatulis2.blogspot.com/2010/12/kela-seks-hoyeh2.html

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update