Saturday, December 11, 2010

Home » » Pasangan kekasih dihukum sebat 8 kali kerana bercium

Pasangan kekasih dihukum sebat 8 kali kerana bercium

JANTHO: Pihak berkuasa Aceh menjatuhi hukuman sebat ke atas dua penduduk tempatan, semalam, selepas didapati bersalah bercium.

Pegawai pendakwa, Deby Rinaldi, berkata kedua-dua tertuduh sudah mempunyai isteri dan suami ketika kesalahan itu dilakukan di satu kawasan hutan.


“Mereka hampir melakukan hubungan seks ketika ditahan,” katanya. Ratusan orang berkumpul di kawasan masjid di bandar Jantho untuk menyaksikan hukuman sebat dijalankan ke atas Anis Saputra, 24, dan Kiki Hanafilia, 17.

Kata Deby, ketika hubungan sumbang itu dilakukan, isteri Anis yang hamil tujuh bulan, berada di luar kawasan.


“Kiki pula sudah berkahwin dengan lelaki lain sejak dua tahun lalu,” katanya. Selepas dibicarakan, kedua-dua mereka dikenakan hukuman sebat lapan kali.


Oktober lalu, pihak berkuasa mengenakan hukuman sebat ke atas dua wanita kerana mencuri makanan pada Ramadan lalu.

Aceh yang terletak di utara Pulau Sumatera melaksanakan undang-undang Islam dalam kehidupan sehariannya. - AFP

Metro

 P/S : Haa nie baru lah betul..baru bercium kena sebat..barulah orang takut buat maksiat.

2 comments:

Amiey White said...

bagi amiey perlulah kat malaysia buat mcm ni ~
kadang2 kita kena tegas :D

anum farida said...

haa..betul...tak de la nti kes2 bayi terbuang....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update