Tuesday, December 21, 2010

Home » » Shahir ‘besar kepala' ? Betul ke ?

Shahir ‘besar kepala' ? Betul ke ?


Namanya baru sahaja meningkat naik dan berada di kemuncak populariti yang tercipta semenjak menjadi juara Akademi Fantasia musim kelapan. Namun belum setahun bergelar bintang, pelbagai cerita kurang enak timbul mengenai jejaka dari Kampar, Perak ini.

Entah di mana puncanya, nama Shahir menjadi sebutan kerana dikatakan mula besar kepala dan membatalkan beberapa temu janji bersama pihak media pada saat-saat akhir.

Usaha Sinar Harian menghubungi Shahir bagi mendapatkan penjelasannya turut sia-sia apabila telefon bimbit pelakon Kebahagiaan Di Dalam Perpisahan itu ditutup.

Tanpa penjelasan yang kukuh, Astro Entertainment mengakui turut sukar untuk menghubungi Shahir. Malah Shahir juga tidak hadir ke sesi fotografi Anugerah Juara Lagu (AJL) baru-baru ini. Hanya pengurusnya yang hadir bersama Adira.

Bagaimanapun, ibu Shahir, Mahanum Osman yang dihubungi Sinar Harian enggan memberi sebarang komen mengenai kisah 'kehilangan' anak bujangnya itu kerana tidak mahu memburukkan keadaan.

Malah sewaktu ditanya adakah Shahir kini berada di rumah keluarganya di Kampar, Perak, Mahanum turut tidak mahu memberi sebarang komen.

“Saya tahu awak menelefon kerana mahu bertanya tentang Shahir. Tetapi saya minta maaf kerana tidak dapat memberi sebarang komen sekarang. Saya minta maaf,” kata ibu Shahir ringkas.

Dua akhbar mingguan kelmarin menyiarkan kes ‘kehilangan’ Shahir serta sikapnya yang mula ‘naik tocang’ kerana diibaratkan menggali lubangnya sendiri kerana sukar dihubungi.

1 comments:

sakurara said...

ku tetap suka shahir ! =) hhehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update