Friday, February 4, 2011

Home » » 5 LANGKAH MEMERIKSA MINYAK PELINCIR

5 LANGKAH MEMERIKSA MINYAK PELINCIR



Apakah fungsi minyak pelincir?

Minyak pelincir melicinkan bahagian enjin untuk mengurangkan geseran, supaya ia boleh bergerak lancar dan dilindungi daripada menjadi haus. Lebih baik kualiti minyak pelincir, lebih baik kualiti minyak pelincir, lebih baik perlindungan dan prestasinya.

Bolehkah minyak pelincir berlainan jenama dicampurkan?

Kebanyakan minyak pelincir berasaskan mineral boleh bercampur antara satu sama lain. Bahan tambah yang dicampur memang kurang berkesan. Bagi minyak pelincir sintetik, ia harus digunakan secara penuh hati-hati. Sesetengahnya tidak boleh bercampur sepenuhnya dengan minyak pelincir mineral atau sintetik lain. Apabila menukar dari satu jenis ke satu jenis yang lain, sempurnakan penukaran minyak pelincir untuk hasil maksimum.

Apakah perbezaan antara minyak pelincir mineral dan minyak pelincir sintetik?

Minyak pelincir mineral diperoleh dari minyak mentah petroleum yang ditapis. Minyak pelincir sintetik prestasi tinggi telah melalui rawatan kimia yang kompleks dan menyebabkan ia mempunyai ciri-ciri fizikal dan kimia yang kuat. Dengan mengeksploitasikan ciri-ciri yang unggul ini, enjin boleh dilindungi dengan lebih baik.

langkah langkah memeriksa minyak

  1. Pastikan enjin dimatikan.
  2. Buka bonet dengan cermat dan pastikan ia terbuka dalam keadaan stabil dan selamat.
  3. Cari batang celup minyak pelincir yang biasanya dilabelkan sebagai minyak enjin. Cabut batang celup dan bersihkan dengan kain yang bersin atau bebas daripada kotoran atau habuk. Masukkan semula sepenuhnya dan cabut semula perlahan-perlahan untuk membaca tahap minyak pelincir.
  4. Jika tahap minyak pelincir di bawah tahap selamat, tambahkan minyak pelincir sewajarnya.
  5. Masukkan kembali batang celup dan tutup bonet dengan cermat. Pegang bonet lebih kurang 12 inci di atas penyelaknya dan biarkan ia turun ke tempatnya, dan tutup dengan menekan sedikit.

Perhatian: Jangan isi minyak minyak pelincir melebihi tahap maksimum

(Artikel ini dipetik daripada brosur pengedar minyak pelincir tempatan)

Saravanan Thambirajah
ERA Consumer Malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update