Friday, October 19, 2012

Home » baca la..kejadian baru lagi

baca la..kejadian baru lagi


Untuk Perhatian!!!!

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera

Sekadar berkongsi kejadian yang menimpa adik ipar saya baru2 ini.

Seperti biasa pada hari jumaat selepas pulang dari pejabat, si suami jika tidak pulang
ke kampong sendiri di Perak akan mengajak isterinya pulang ke Gelang Patah
(kampung sebelah isteri).

Lebih kurang pukul 8.30 mlm kereta pun dipandu dengan penuh cermat menelusuri
lebuhraya Plus menghala ke Johor Bahru.

Di dalam kereta, isteri serta anak yang masih kecil duduk dibelakang (mudah bagi si ibu
menyusukan anak yang baru berumur beberapa bulan) manakala anak yang sulung
duduk disebelah ayah. (menemani ayah memandu barangkali)

Disebabkan mata mulai layu (lebih kurang pukul 11.00 malam), si suami tadi pun exit
sebentar di R&R Simpang Renggam untuk membeli minuman di Petronas yang ada di
R&R berkenaan.

Sejurus perking kereta di dalam kawasan Petronas, disebabkan terlalu mengantuk
si suami pun terus keluar dari kereta tanpa mengejutkan isteri serta anak yang sedang
nyenyak tidur. Barangkali hanya untuk seketika pergi membeli minuman, kereta yang
ditinggalkan tidak pula dikunci pintunya dan enjin juga dibiarkan hidup kerana air-cond
masih terpasang. Diletakkan di dalam kawasan Petronas yang terang benderang
meyakinkan lagi si suami tentang keselamatan keluarga yang ditinggalkan buat seketika.

Pada ketika ini sesuatu yang tidak dijangka berlaku……

Semasa si suami sibuk membeli minuman, seorang lelaki berbangsa Cina meluru masuk
ke dalam kereta lalu menghempas kuat pintu menyebabkan si isteri
yang sedang tidur tadi terjaga sebab kebiasaannya suami tidak tutup pintu sekuat itu.

Kereta terus dipecut laju meninggalkan suami yang masih belum menyedari isteri serta
anak-anak kesayangan telah dilarikan suspek. Manakala isteri menjerit sekuat hati meminta
mereka dilepaskan dan anak sulung yang duduk di depan menangis ketakutan.
Suspek yang berang dek tangisan anak tadi menumbuk dada anak supaya dia diam.
Disebabkan sakit akibat tumbukan yang kuat anak kecil tadi meluru mendapatkan ibunya
di belakang sambil menangis teresak-esak.

Si suami yang baru menyedari keretanya tiada ditempat mula-mula dia parking, segera
mengelilingi petronas mengangkakan si isteri telah mengubahnya ke tempat yang lain.
Apabila menyedari kereta memang tiada, si suami segera meminta tolong kakitangan
petronas yang ada di situ. Dan si suami segera menelefon isteri tapi tak dijawab.

Beberapa ketika kemudian isteri membuat panggilan senyap-senyap dari tempat duduk
belakang suspek. Bagi mengelakkan panggilan itu disedari suspek, sambil telefon bersambung
dengan suami, si isteri tidak meminta tolong daripada suami melalui telefon tetapi menjerit
meminta tolong daripada suspek supaya dilepaskan mereka anak-beranak sambil menyebut
setiap lokasi yang dilalui menerusi papan tanda yang tertera di lebuhraya. Mujur ketua stesen
petronas ada ketika itu lalu meminjamkan keretanya kepada si suami untuk mengejar kereta
yang dilarikan tadi. Sambil memandu talian masih bersambung dengan isteri bagi menjejaki
lokasi pada ketika itu.

Apabila sampai di tol Machap, suspek meminta duit daripada isteri untuk membayar tol tapi
isteri memberitahu duit semuanya ada pada suami. Sambil membuka tingkap kereta isteri tadi
menjerit kepada jurutol memberitahu dia diculik. Tapi malangnya tanpa perlu membayar duit
tiket tol, palang dibuka oleh jurutol. Mungkin jurutol pun turut panik…..agaknya

Sejurus melepasi tol, suspek memperlahankan kenderaan sambil memberitahu dia akan
melepaskan si isteri tapi ingin mengambil anaknya untuk dijual bersama kenderaan yang
dirampas. Selepas kereta diberhentikan, suspek menempik kepada si isteri supaya cepat
keluar sambil tangan suspek mencapai anak sulung tadi.

Maka berlaku pergelutan antara isteri dan suspek untuk merebut anak yang cuba dijadikan
mangsa pemerdagangan manusia. Dengan kuasa Allah swt, kereta yang diparking ditepi
jalan tadi bergerak perlahan-lahan mungkin disebabkan keadaan jalan yang sedikit curam.
Apabila melihatkan kereta yang hendak dicuri bergerak dengan sendirinya, suspek segera
melepaskan tangan anak kecil tadi lalu meluru mendapatkan kereta. Seketika kemudian kereta
pun dipecut laju meninggalkan isteri dan anak-anak yang baru sahaja sejengkal terlepas
daripada bahaya.

Ini hanyalah secebis kisah benar yang berlaku baru-baru ini yang telah menimpa ahli keluarga
saya. Sekadar peringatan kepada kita semua :
 
i. Lengkapkan kenderaan kita dengan alat kunci tambahan (alarm security) / lebih baik
lagi dipasang dengan peranti GPS untuk mengesan jika berlaku kecurian
 
ii. Kejutkan isteri atau orang yang duduk disebelah kita jika dia sedang tidur untuk
maklumkan jika kita ingin berhenti untuk ke tandas/ membeli jajan
 
iii. Amalkan sikap sentiasa berwaspada (highly alert) dengan sekeliling sebelum
keluar daripada kenderaan
 
iv. Amalkan prinsip keselamatan “turun dan kunci” serta merta. Semua pintu depan
dan belakang samada dikunci dari luar atau minta orang di dalam kenderaan
kuncikan kenderaan
(boleh diamalkan utk kereta dan motosikal => secara prinsipnya biar kita hilang 2 minit utk
kunci kenderaan kita daripada hilang berjam-jam utk mencari kenderaan sekiranya dicuri)
 
v. Sentiasa simpan skru driver/ benda yang tajam selain daripada pisau di dalam
kenderaan . Utk digunakan jika berlaku kecemasan
 
vi. Jangan cepat panik – ambil masa dan cuba fikirkan tindakan yang perlu. Faktor
utama ialah “keselamatan”
 
vii. Amalkan radius scanning sebelum dan sejurus turun daripada kenderaan – utk
memastikan tiada sesiapa sedang memerhatikan kita
 
viii. Nasihatkan isteri atau orang disebelah jika berlaku apa yang tidak diingini
segera tekan hon (nada panjang) - Emergency Code
 
ix. Tindakan terjun daripada kenderaan melalui pintu sebelah kiri adalah tindakan
terakhir sekiranya usaha lain gagal (jgn terjun sekali-kali ikut pintu kanan)
 
x. Sentiasa amalkan doa penggerak semasa dalam perjalanan. baca sebanyak mana
yang boleh (at least 7 kali menurut Dr. Haron Din)

Semoga kita dipelihara daripada kecelakaan dan sentiasa berwaspada sepanjang perjalanan….
Untuk makluman kejadian berlaku pada 5.10.2012 baru-baru ini (11.30 malam : R&R Simpang Renggam)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update