Home »
Kisah Seorang Wanita dan Sebalang Kerepek Pisang
Seorang wanita membawa sebuah buku dan sebalang kerepek pisang bersamanya di dalam keretapi.
Dalam perjalanan panjang itu, wanita tersebut khusyuk membaca buku dan meletakkan balang tersebut antara dua bagnya di lantai.
Wanita itu terlalu khusyuk dengan bukunya, tetapi tiba-tiba perasaan
ada seorang lelaki di tepi dia, dengan beraninya, mengambil kerepek
pisang daripada balang yang terletak di antara dua bag tersebut…
Wanita itu marah, tapi membuat tidak tahu… kerana tidak ingin situasi menjadi kecoh.
Takut stoknya habis rugi dimakan pencuri terbabit, wanita tersebut pun
cepat-cepat mengambil kerepek pisang dari balang yang sama.
Setiap saat yang berlalu, wanita itu bertambah marah… “Jika saya ini nak kasar, pasti lebam mata pencuri itu.”
Setiap kerepek pisang yang wanita ambil, pencuri itu akan ambil satu.
Sehingga kerepek pisang terakhir, wanita ingin melihat apa yang pencuri itu akan lakukan.
Dengan senyuman, pencuri itu memecah kerepek pisang itu kepada dua dan memberi wanita itu separuh.
Wanita itu merampas separuh itu dengan cepat, “Teruknya lelaki ini,
kasar, terus, sial dan lebih teruk langsung tidak beri sedikit
penghargaan!”
Wanita itu tidak senang sepanjang perjalanan
keretapi. Akhirnya apabila keretapi sampai, wanita itu ingin cepat-cepat
meninggalkan keretapi dan pencuri itu.
Semasa wanita itu mengambil bag-bagnya, wanita itu terkejut….
Balang kerepek pisangnya tidak dibuka malah semua kerepek pisangnya tidak pernah disentuh…
Jika kerepek pisangnya ada di sini, bisik wanita itu, maksudnya yang
saya makan tadi ialah kerepek lelaki itu… rupa-rupanya dia nak
berkongsi.
Terlalu lewat untuk memohon maaf, wanita tersebut
dengan sedihnya sedar, bukan lelaki itu yang kasar, yang tidak sensitif
dan pencuri.
Sebaliknya dia.
Senyum.