- Mandi menggunakan air yang disimpan didalam kolah atau baldi lebih menjimatkan daripada air pancuran. Tadah air ketika bersabun atau bersyampu.
- Gunakan tandas yang mempunyai dua pam dalam sistem pengepaman. Ia hanya menggunakan 6 liter untuk pengepaman sepenuhnya, dan 3 liter untuk pengepaman separuh, berbanding sistem pengepaman biasa yang menggunakan 10 liter air.
- Kurangkan membasuh kenderaan. Hanya cuci apabila kenderaan benar-benar kotor. Jika membasuh kenderaan gunakan air yang ditadah dalam baldi. Membasuh dengan menggunakan hos getah akan meningkatkan penggunaan air.
- Tidakpun, tadah air hujan untuk kegunaan membasuh kenderaan, membersih laman rumah atau menyiram pokok. Bil dapat dikurangkan jika menggunakan sumber air yang asli.
- Cuci pakaian menggunakan mesin basuh hanya apabila muatannya penuh. Jumlah penggunaan air bagi muatan penuh dan separuh adalah lebih kurang sama.
- Jika membasuh menggunakan tangan, pastikan pakaian dibilas dalam baldi, bukan terus dari paip.
Sumber : Utusan Malaysia