Saturday, November 6, 2010
Home »
umum
»
Waspada Pencabul Menyamar Polis
BERWASPADA jika anda didekati orang tidak dikenali tetapi mengaku pegawai polis.
Kemungkinan dia berniat serong, terutama pada kaum Hawa.
Mengingatkan demikian kelmarin, polis berkata pihaknya menerima beberapa aduan mengenai kes mencabul kehormatan melibatkan orang yang menyamar sebagai pegawai polis.
Penjenayah itu dikatakan menggunakan pelbagai helah untuk mendekati mangsa, antaranya membuat pemeriksaan bagi kesalahan dadah atau remaja bawah umur yang merokok.
Ketika itulah si penjenayah mengambil kesempatan mencabul kehormatan mangsa.
Polis menasihatkan orang ramai supaya memeriksa bukti identiti menerusi kad waran orang yang menahan mereka.
Kad waran tulen mempunyai ciri lencana polis, gambar pegawai, nama dan nombor kad pengenalannya.
Jika masih ragu, hubungi 999.

2010-11-06T08:04:00+08:00
alissa
umum|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)