Thursday, April 29, 2010

Home » » 81 laman lucah ditutup

81 laman lucah ditutup

 Aku sangat sangat setuju dengan idea ini.. korang fikirlah sendiri biasanya kes sumbang mahram, rogol dan kejatuhan moral sebenarnya berpunca dari perbuatan seperti ini.  Dan yang penting sekali ia menjatuhkan martabat kita. Bagi aku kalau boleh lebih banyak lagi lagi bagus...bagaimana dengan korang? 

Selamatkanlah martabat kita daripada lebih parah lagi...






KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menerima 165 aduan dalam tempoh Januari hingga Mac tahun ini berhubung kandungan laman web atau blog yang melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, daripada jumlah itu, 90 aduan bagi kandungan lucah, 72 kandungan bersifat mengancam atau jelik dan tiga aduan bagi kandungan berunsur palsu.

“Bagi kandungan bersifat lucah, tindakan siasatan dan sekatan akan dilakukan.

“Selain itu, laporan penyalahgunaan juga dihantar kepada moderator laman-laman web sosial seperti Facebook, blogspot dan YouTube,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Zaitun Mat di Dewan Negara semalam, yang bertanyakan jumlah aduan yang diterima SKMM berhubung kandungan laman web atau blog mengikut AKM 1998.

Katanya, bagi kandungan bersifat mengancam dan jelik serta kandungan palsu pula, nasihat dan amaran akan dikenakan SKMM kepada pemilik laman-laman berkenaan dan sekiranya cukup bukti bagi mensabitkan kesalahan, pendakwaan boleh dikenakan terhadap pihak tersebut.

Menjawab soalan tambahan Fatimah Hamat yang ingin tahu langkah kerajaan dalam menangani laman web lucah yang mudah dilayari di kafe siber, Joseph Salang berkata, setakat ini, SKMM telah menutup serta-merta 81 laman web yang didapati menerapkan unsur lucah seperti menyediakan video aksi lucah dan perkongsian cerita lucah dengan teman berbual.

“Ada antara laman web sosial yang turut mengandungi elemen lucah walaupun mendapat aduan tetapi tidak dapat diambil tindakan memandangkan moderator laman web tersebut mendapati ia dianggap tidak lucah disebabkan faktor budaya negara masing-masing,” katanya. - Bernama

6 comments:

Irenelim said...

Apakah laman-laman web tersebut yang ditutup?

alissa said...

saya tak pastilah...takde pulak dia bagitahu..

Jimie said...

yeke ttup?Skype rase cam xttup jer...

alissa said...

kenapa plak cakap mcm tu

Aidi-Safuan said...

skype? lucah ke?

Anonymous said...

alamak kempunanlah pemgemar laman nie

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update