Selamatkanlah martabat kita daripada lebih parah lagi...
Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, daripada jumlah itu, 90 aduan bagi kandungan lucah, 72 kandungan bersifat mengancam atau jelik dan tiga aduan bagi kandungan berunsur palsu.
“Bagi kandungan bersifat lucah, tindakan siasatan dan sekatan akan dilakukan.
“Selain itu, laporan penyalahgunaan juga dihantar kepada moderator laman-laman web sosial seperti Facebook, blogspot dan YouTube,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Zaitun Mat di Dewan Negara semalam, yang bertanyakan jumlah aduan yang diterima SKMM berhubung kandungan laman web atau blog mengikut AKM 1998.
Katanya, bagi kandungan bersifat mengancam dan jelik serta kandungan palsu pula, nasihat dan amaran akan dikenakan SKMM kepada pemilik laman-laman berkenaan dan sekiranya cukup bukti bagi mensabitkan kesalahan, pendakwaan boleh dikenakan terhadap pihak tersebut.
Menjawab soalan tambahan Fatimah Hamat yang ingin tahu langkah kerajaan dalam menangani laman web lucah yang mudah dilayari di kafe siber, Joseph Salang berkata, setakat ini, SKMM telah menutup serta-merta 81 laman web yang didapati menerapkan unsur lucah seperti menyediakan video aksi lucah dan perkongsian cerita lucah dengan teman berbual.
“Ada antara laman web sosial yang turut mengandungi elemen lucah walaupun mendapat aduan tetapi tidak dapat diambil tindakan memandangkan moderator laman web tersebut mendapati ia dianggap tidak lucah disebabkan faktor budaya negara masing-masing,” katanya. - Bernama
6 comments:
Apakah laman-laman web tersebut yang ditutup?
saya tak pastilah...takde pulak dia bagitahu..
yeke ttup?Skype rase cam xttup jer...
kenapa plak cakap mcm tu
skype? lucah ke?
alamak kempunanlah pemgemar laman nie
Post a Comment