Monday, June 21, 2010

Home » » Kehidupan Aku Dulu vs Sekarang..

Kehidupan Aku Dulu vs Sekarang..

tahun ni umur aku dah 27 tahun kenangan lampau masih utuh kat jiwa aku.. waktu antara umur aku dari 9 hingga ke 12 tahun kemuncak bagi segala keseronokan. umur abang aku dan aku tak jauh berbeza..keseronokan itulah kami kongsi bersama. tinggal di kampung yang penuh keindahan menguatkan lagi memori kat ingatan aku..
macam2 permainan seronok yang telah aku lalui bersama kawan2 sekampung. biar jarak antara rumah kami berjauhan namun demi keseronokan yang kami kejar, kat depan rumah  akulah port kami berkumpul.. biasanya balik je dari mengaji dah terhegeh2 muka kawan2ku kat laman rumah kecik tu...

permaian pertama yang aku nak ceritakan ialah permainan sorok2.. syok sangat. aku biasanya dapat kumpul ahli permainan ini dalam 10 orang...sebelum tu kitorang kena cabut undi untuk pastikan siapa yang kena mencari.. aku biasanya gunakan lidi bagi cabut undi tersebut. siapa yang dapat lidi yang paling panjang maka dialah yang akan mencari...seterusnya, tin susu yang diisi batu akan di baling sejauh yang mungkin untuk si pencari dapatkan dan kembali ke bulatan permulaan seterusnya mencari semua ahli yang lain... ketika si pencari mendapatkan tin tersebutlah kami akan terus menyorok... pencari tidak akan melengahkan masa untuk memulakan pencarian sorang demi sorang nama disebut dan dilaungkan agar ahli lain mendengarnya.. apabila tinggal hanya 2 orang ahli lagi yang belum ditemui, si pencari tadi hendaklah mengawasi bulatan permulaan dan tin susu tadi. penyorok pula akan berusaha akan mendapatkan tin untuk digoyangkan sekuatnya bagi memastikan ahli lain dengar. dengan itu penyorok pertama yang namanya disebut, akan terselamat dari menjadi pencari...huh, best betul permaian nie...

permainan kedua pulak aku panggil congkak tanah. tanah di gali dengan kedalaman yang sederhana membentuk sebuah congkak. manakala bijinya aku gunakan biji getah yang dicari behampiran rumah tok guru mengaji.. mau tak hitam celah2 jari dan kuku dipenuhi tanah...heehee...seronok giler..

aku ngan abang aku juga kerapkali main pondok2... kat belakang rumah aku dulu ada pokok tembesu yang batangnya sepermeluk dewasa.. kat sekeliling batang pokok tulah aku sandarkan pelepah kelapa membentuk bangsal kecik...bila dah siap,abang akan berlari ke kedai mendapatkan 2 bungkis maggie. dan aku akan mendapatkan 2 ketul batu bata untuk dibuat dapur.. periuk kecik aku dapatkan dari rumahku..apelagi... memasaklah kitorang 2 beradik...heheee...selang beberapa minit, merah telinga kitorang kena pulas sebab main api.... tak heran pun sebab esok..... kami nak buat lagi...

korang penah dengar main sorok lidi? permaian ni tak melibatkan ramai orang cukup 2 atau 3. satu bulatan kecil akan dilukis pada tanah. lidi yang tak sama panjang akan dipatah dan dibahagikan. masing2 kena perhatikan lidi milik kawan dengan betul. siapa yang kena dulu hendaklah berpusing ke belakang manakala yang lain akan menyorokkan lidi di mana2 dalam bulatan tersebut. pencari akan mencari lidi yang disorok seterusnya meneka milik siapa lidi tersebut... permainan nie tak meletihkan langsung... cuma sedikit menguji minda...

huh....kalau nak story sampai esok pon tak habis... macam2 permainan yang kami mainkan dahulu.. bila umur aku semakin meningkat dan jarang2 pulang ke kampung..aku dapat rasakan seolah2 kanak2 ketika ini tidak tahu sedikit pon tentang permainan dulu.. mereka lebih gemar bermain ps2, bridegame paling tak pon sibuk menekan handphone. wah..canggih betul zaman sekarang... kecanggihan itulah juga membuatkan kampungku semakin sunyi  sepi. suara jerit pekik kanak2 dah tak kedengaran lagi malah sesekali deruan motor pulak yang berkumandang.. kini setelah aku berhijrah ke bandar, anak2 aku sendiri sepastinya tidak pernah akan berpeluang merasakan keseronokan yang pernah aku rasa suatu masa dulu.... jauh sekali.....

2 comments:

Sky b4 Pinky said...

best lah..mcm2 permainan awak waktu dulu..

Duniakuabstrak said...

dulu aku suka main jual2 barang..petik daun pastu jadikan daun tu sbgai duit..barang2 ape sahaja objek d sekeliling kita..haha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update