Thursday, September 9, 2010

Home » » Memberi Dan Menerima Hati

Memberi Dan Menerima Hati

1. Memberikan waktu luang anda sepenuhnya

- berikan sesuatu secara ikhlas dan tanpa merungut.

- Ambil waktu luang yang biasa anda gunakan untuk jalan-jalan ke kompleks
membeli-belah atau berbual kosong dengan teman lain. Berikan kepada pasangan
dengan mengajaknya berjalan-jalan. Tapi jangan campurkan hal peribadi dengan
pekerjaan. Jangan sampai anda ponteng kerja hanya untuk menemani si dia.

2. Menunjukkan perasaan anda

- Mahatma Gandhi pernah mengatakan, adakah seorang pengecut tidak mampu
menunjukkan cintanya. Itu (cinta) hak istimewa bagi orang yang berani? Jika
anda takut dianggap bodoh ketika menyatakan perasaan anda, cuba nyatakan
dengan cara lain.

- Misalnya, dengan sedikit tambahan lawak jenaka atau dengan menulis surat.
Jangan takut dianggap sentimental atau jiwang. Tak ada salahnya
mengekspresikan apa yang kita rasakan.

3. Saling melengkapi

- Cubalah berkongsi pekerjaan yang sukar dengan pasangan anda. Dengan
begitu, beban anda akan terasa berkurang dan itu juga cara praktikal
menunjukkan setia kawan.

- Misalnya, anda mempunyai ibu yang cerewet dan selalu mengkritik, ada
baiknya meminta suami atau isteri anda mencarikan hadiah ulang tahun
untuknya. Pasangan anda tidak merasa bimbang dan dengan cepat boleh
menentukan hadiah yang sesuai.

4. Memberikan orang lain lebih dari yang mereka harapkan

- Anda boleh menyembunyikan anak patung kesayangan anak anda di bawah
bantalnya. Cubalah berbicara manis pada rakan sekerja yang biasanya
menyebalkan, misalnya ? Selama ini kita banyak bercanggah pendapat, tapi
saya mesti katakan bahawa kerja yang awak buat kali ini memang bagus.?

- Cubalah untuk tidak mengeluh selama 24 jam dan lihat sekeliling anda
dengan gembira, sehingga tanpa sedar anda boleh kembali pada diri anda dalam
keadaan tenang.

5. Membiarkan sahaja

- Kadang-kadang ada suami yang mempunyai masalah tetapi mengambil tindakan
mendiamkan diri sahaja.

- Salmah cthnya, punya masalah yang sama dengan suaminya. ? Saya tahu ia
punya masalah, mungkin di pejabat atau keluarganya, yang tak dapat
diceritakan. Perkara terbaik yang boleh saya lakukan untuknya ialah dengan
mengatakan saya tahu ia mempunyai masalah dan tak perlu berpura-pura
seakan-akan semuanya baik-baik saja.

Paling tidak, dia tahu saya tidak mengharapkan dia bertingkah normal.
Kadang-kadang dengan cara demikian, suami saya boleh relaks dan berbual
tanpa beban? begitulah cerita Salmah.

6. Jangan kedekut pujian

- Pujian, salah satu bentuk cinta yang paling sederhana. Memuji orang lain,
rakan sekerja, teman atau keluarga boleh dilakukan dalam dua bentuk.

- Boleh terus memujinya atau ketika anda mendengar orang lain memuji
seseorang, anda berusaha mengulangi pujian itu dengan menanyakan kembali
pada yang memberi pujian. Siapa yang tidak merasa bangga mendapat pujian,
walau sekecil mana sekali pun ?

7. Memberikan kejutan pada pasangan

- Melakukan sesuatu di luar kebiasaan, selain mengejutkan, ternyata boleh
menyenangkan. Kalau anda sudah mengenali pasangan, tentu anda tahu apa yang
disukainya.

- Misalnya, ketika Rini tidak boleh tidur, suaminya menyalakan lampu dan
membacakan cerita sampai Rini tertidur. Bukan cerita dongeng kanak-kanak
tapi novel pengarang kegemarannya.

8. Berkongsi ilmu

- Kalau anda tahu sesuatu, sebarkan pada teman-teman anda. Seperti yang
dilakukan oleh Iskandar yang memang ulat buku dan suka melayari Internet.
Hobinya mengumpulkan artikel menarik dan mengirimkannya pada orang-orang
yang dirasakan perlu. Pada isterinya, Iskandar akan mengirimkan artikel
romantik seperti puisi, bagaimana menyemai perasaan cinta antara mereka dan
lain-lain.


so....tahu2 sendiri lah...memberi n menerima hati bukan perkara MUDAH!!!


__._,_.___

__,_._,___



--
Hadis Nabi s.a.w, dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentiasa
melihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha..
Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat
mereka yang kurang berbanding kita, agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan
tidak dijangkiti penyakit tamak. - Riwayat At-Tirmidzi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update