Thursday, September 23, 2010

Home » » Saiz bebola mata berubah mengikut umur

Saiz bebola mata berubah mengikut umur



http://www.daveltd.com/photo/macro/eyes/jalene/beautiful-left-eye.jpg

Deria penglihatan yang terdapat pada organ mata sebenarnya terbentuk daripada fungsi pengesanan cahaya sekeliling sama ada terang atau gelap. Semasa dilahirkan, lensa mata manusia berbentuk sfera berisi bahan seperti gel optik jernih dikenali gelemaca, kanta fokus dan otot yang dikenali iris mata bagi pengawalan kadar cahaya yang masuk. Iris mata akan mengawal bukaan anak mata atau pupil, iaitu bulatan hitam di tengah-tengah bahagian di dalam mata.  
Sebenarnya, saiz bebola mata akan berubah-ubah sehingga mencecah tahap maksimum apabila manusia berusia tujuh hingga lapan tahun. Diameter bebola mata manusia semasa dilahirkan adalah kira-kira 16.5 milimeter (mm) dengan ukuran dari bahagian depan sehingga ke belakang mata. Sementara diameter mata manusia dewasa boleh mencecah sehingga 24.2 mm. Kornea pula akan mencapai saiz maksimum apabila seseorang itu berusia dua tahun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update