Thursday, October 14, 2010

Home » » Didik Anak Ibarat Main Layang-Layang

Didik Anak Ibarat Main Layang-Layang



 
Anak-anak dapat "terbang tinggi' jika ibu bapa tahu masa sesuai menghulur, menarik


PERNAHKAH anda main layang-layang? Cuba perhatikan teknik permainannya. Anda perlu tahu masa yang sesuai untuk menarik dan menghulur talinya, barulah layang-layang anda dapat terbang tinggiSemua ibu bapa ada kebolehan mengasuh dan mendidik anak.Cuma mereka perlukan sedikit rangsangan, panduan dan sedikit daya kreatif saja untuk melaksanakannya dengan berkesan. Umpamanya, terapkan semangat berdikari dan disiplin pada anak-anak melalui contoh berikut:
 

Cabaran:

Setiap kali mereka haus, anak-anak itu akan suruh ibunya ambilkan minuman, sebab mereka tak sampai untuk mengambil sendiri jag dan cawan-cawan yang diletakkan di tempat yang tinggi.

 

Huraian

Belikan jag dan cawan-cawan yang sesuai untuk kegunaan anak-anak dan meletakkannya di tempat yang mudah mereka capai. Anak-anak akan ghairah sebab boleh tuang minuman sendiri.Anak-anak perlu diberi masa berehat dan beriadah secukupnya kerana ini ada kaitan dengan pertumbuhan yang sihat, bukan saja dari segi jasmani malah rohani mereka. Cuma yang perlu dilakukan oleh ibu bapa ialah memantau mereka dan bimbing mereka menguruskan masa dengan berkesan.

 

Buatkan jadual urus masa di luar waktu sekolah:

Satu jadual untuk mereka jadikan panduan dari Isnin hingga Ahad. Dalam jadual harian, buatkan kotak-kotak yang setiap satu adalah untuk masa setengah jam. Kemudian gunakan pelekat-pelekat bewarna untuk diisikan dalam kotak-kotak tersebut. Contohnya, jika anak anda suka warna kuning, berikan pelekat warna kuning untuk bermain. Kemudian setiap mata pelajaran, berikan satu warna. Umpamanya biru untuk matematik, merah untuk bahasa Inggeris dan hijau untuk bahasa ibunda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update