Tuesday, October 12, 2010

Home » » Perihal Bedak Sejuk

Perihal Bedak Sejuk

Cara Membuat Bedak Sejuk

Ia dimulakan dengan merendam beras dalam sebuah bekas sehingga lembut antara tiga bulan sehingga dua tahun.

Bekas rendaman beras itu harus ditukar airnya setiap masa bagi mengelakkan berbau busuk. Setelah selesai tempoh rendaman, beras tadi perlu dikisar terlebih dahulu dan ditapis sebelum direndam semula selama lima hari.

Selepas itu, beras yang dikisar akan digaul semula dengan air untuk dititikkan di atas kain menggunakan daun pisang yang telah diubah suai sebelum dijemur menghadap cahaya matahari

Selepas dijemur, bedak sejuk akan kelihatan tirus. Ia kemudian akan ditoreh dengan pisau untuk menghasilkan bentuk yang lebih menarik sebelum dicampur dengan daun pandan untuk bau yang lebih wangi.

Kegunaan Bedak Sejuk

Bedak sejuk digunakan secara meluas oleh pekebun dengan menyapukan pada bahagian muka mereka supaya tidak gelap dipanah cahaya matahari.

Ia digunakan untuk mengelak muka seseorang ditumbuhi jerawat. Jika digunakan sebelum tidur pada waktu malam pula, ia dapat mencerahkan wajah selain petua tradisional untuk awet muda tanpa menggunakan botox

Bedak sejuk juga sesuai untuk budak kecil yang terkena ruam. Sapukan sahaja bahagian yang terkena ruam itu dengan bedak sejuk yang dicampurkan dengan garam beserta air.

Ia juga dikatakan penawar terbaik bagi mereka yang menghidap demam campak. Ia dapat mengurangkan masalah demam campak selain menghilangkan parut-parut akibat demam itu

Bedak sejuk juga digunakan secara meluas sebagai pengeras (upah) bagi pengamal perubatan tradisional khususnya di kampung-kampung bagi mengubati penyakit resdung (sinus).

1 comments:

Kazaztan Team said...

mak aiii lamaye nak kena rendammm...baru teringin nak buat..sekali kena dok tuka2 air tu...tak yah ler

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update