Wednesday, October 27, 2010

Home » » Surat Untuk Kekasih Lama

Surat Untuk Kekasih Lama

Kepada Salmah

Terima Kasih kerana sanggup bersama saya selama satu setengah tahun. Di ketika ini saya percaya yang awak sudah mempunyai kekasih baru dan selalu keluar bersama.

Salmah... Setelah sekian lama saya menderita , Sekarang saya telah mendapat girl friend baru (budak Kg sebelah). Dan untuk pengetahuan awak, ini kekasih keempat saya. Tapi pengalaman mendewasakan saya.

Salmah...Awak pun tahu yang apabila cinta baru berputik, semua orang yang bercinta mula menulis surat cinta...Awak masih ingat lagi tak yang saya telah banyak menulis surat cinta dan menulis puisi cinta kepada awak. Awak tahu tak Zaman sekarang  menulis surat cinta bukanlah satu perkara yang mudah, nak mengolahnya memecahkan kepala saya, oleh itu bagi mengelakkan saya kehilangan girl friend saya yang keempat ini, boleh tak awak menghantar balik semua surat cinta yang saya hantar kepada awak sebagai rujukan.

Satu lagi, zaman sekarang boleh dikatakan zaman kegawatan ekonomi, ramai jutawan jutawan telah bangkrup,pekerja pekerja diberhentikan kerja. Oleh itu, dulu saya telah menghabiskan banyak wang untuk menawan hati awak. Di sini saya lampirkan kos ketika bersama awak

makan RM 2000, Hadiah RM 3000.52 , Bil Telefon RM 3452.01, Wayang RM 533 dan kesemuanya RM 6285.53.

Boleh tak awak bayar semula duit itu sebab saya nak menggunakannya untuk girlfriend baru saya.

Salmah...Sebagai balasan saya akan hantarkan gambar saya yang paling cute kepada awak.


Kekasih lama mu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update