Tuesday, November 16, 2010

Home » » Satria Neo lonjak nama Proton

Satria Neo lonjak nama Proton



KEMENANGAN Satria Neo S2000 di Rali China pada sirkit terakhir Kejohanan Rali Asia Pascifik (APRC), baru-baru ini, melonjakkan jenama pengeluar kenderaan nasional iaitu Proton Holdings Bhd (PROTON) di tempat kedua.

Kemenangan di China itu membolehkan Proton mengatasi Subaru namun ketinggalan di belakang Mitsubishi dalam pemburuan gelaran pengeluar.


Satria Neo S2000 yang dipandu Alister McRae dan Chris Atkinson membuktikan penguasaan Proton apabila mereka muncul juara dan naib juara dalam rali berkenaan.

Selain itu, kedudukan McRae melonjak ke tangga ketiga kategori pemandu dalam penyertaan penuh sulung pasukan berkenaan musim ini.


Pusingan kedua rali China itu dipertandingkan enam peringkat meliputi laluan sejauh 83.7km.


Bermula lewat hampir dua minit berbanding Hiroshi Yanagisawa (Cusco Racing), McRae pantas meletakkan tekanan kepada pemandu menggunakan jentera Mitsubishi Lancer Evo X itu sebelum jenteranya terkeluar akibat masalah mekanikal.

McRae berkata, kemenangan itu membuatkan pasukannya dan Proton bangga kerana menganggap bahawa jenteranya mampu memenangi perlumbaan.


Beliau berjanji akan melakukan yang terbaik di rali berkenaan tahun depan.

Atkinson gembira muncul naib juara selepas tayar keretanya pancit dua kali pada peringkat pertama. Pelumba Australia itu turut memberitahu keputusan berkenaan membuktikan Proton boleh melakukannya.


Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata pihaknya bangga dengan kemenangan itu sekali gus meningkatkan dan membuktikan daya saing Satria Neo S2000 dan Proton pengeluar di arena rali antarabangsa.


Proton Satria Neo S2000 dilengkapi enjin berkuasa 2.0 DOHC tanpa turbo dengan kuasa maksimum 280hp dan tork maksimum 271Nm. Model itu dibangunkan hasil kerjasama Proton dengan pembuat jentera rali terkemuka dunia, Mellors Elliot Motorsport (MEM) di United Kingdom.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update