Friday, April 20, 2012

Home » » 6 Tips Wajah Kusam Kembali Ceria

6 Tips Wajah Kusam Kembali Ceria





Bagi wanita berkerjaya, pastinya hal ini mahu dihindari kerana tidak mahu tampil dengan wajah yang kurang ceria terutama ketika berhadapan orang ramai. Beberapa tip di bawah mungkin dapat membantu membuatkan wajah yang kusam kembali ceria.

1. Melakukan Aktiviti Luar
Mungkin ada yang beranggapan kenapa perlu melakukan aktiviti luar seperti berjoging dan sebagainya sedangkan tubuh sudah keletihan. Sebenarnya dengan melakukan senaman ringan pada waktu pagi misalnya membolehkan anda menghirup udara segar sekali gus dapat membuatkan tubuh lebih relaks.
Selain itu, udara waktu pagi juga selamat dari sebarang pencemaran. Malah, ia turut membantu melancarkan peredaran darah dan membantu tubuh lebih relaks dan segar.

2. Minum Air Putih
Pengambilan air putih sekurang kurangnya dua liter atau lapan gelas sehari adalah amat digalakkan. Namun, ada yang tidak meng ambil kisah hal ini dan melebihkan pengambilan air manis dan berkafien. Tidak kurang juga ada yang tidak minum apa pun di pagi hari.

Sebaiknya, bagi anda yang gemar melakukan aktiviti luar, pastikan sebotol air putih turut dibawa bersama dan minumlah ketika memulakan aktiviti harian anda. Cara ini sel sel kulit akan terhidrasi dan lebih kenyal. Bagi kesan yang lebih baik, apa kata letakkan sedikit perahan lemon untuk meningkatkan metabolisme tubuh anda selain menghilangkan rasa payau air putih tersebut.

3. Rawat Mata
Bagi anda yang menghadapi masalah kesan lebam di bawah mata akibat kurang tidur tetapi tiada masa untuk melakukan rawa tan di spa, apa kata anda cuba terlebih dahulu krim mata atau boleh juga menggunakan pad mata bagi membantu menutupi atau menghilangkan lingkaran hitam atau bengkak pada mata.

Kaedah ini akan membuat kan mata akan merasa relaks selain dapat membantu melancarkan peredaran darah. Pastikan pad mata tersebut mengandungi bahan bahan semula jadi yang dapat membantu mengurangkan lingkaran hitam pada mata secara cepat.

4. Bantuan Kosmetik
Selain penggunaan pad mata herba, anda juga boleh mencuba kaedah moden iaitu dengan menggunakan produk kosmetik bagi menutupi kekurangan pada wajah anda. Krim pelindung cahaya matahari misalnya dapat menghindari dari terdedah kepada matahari selain turut membantu membuatkan kulit wajah lebih cantik bersinar.

Gunakan solekan natural dan sapukan krim highlight di kedua belah pipi anda menggunakan hujung jari. Kaedah ini akan membantu anda kelihatan lebih segar. Selain itu, dengan mengusap highlight, anda boleh juga menggunakan pembayang mata rona cerah yang disapu di bawah lengkungan alis dan di sudut mata. Ia akan membantu menjadikan mata anda dilihat lebih ‘hidup

5. Pemakaian Maskara Dan Pemerah Pipi
Bagi anda yang kurang gemar memakai solekan, apa kata anda gunakan maskara dan pembayang mata sahaja. Dua produk ini akan membantu menutupi kekura ngan pada wajah terutama bagi anda yang tidak cukup tidur. Maskara akan membantu membuatkan mata kelihatan besar dan terbuka lebar. Mana kala pemakaian pemerah pipi rona merah jambu akan membantu membuatkan pipi lebih segar dan ceria.

6. Menggunakan Madu
Selain penggunaan produk kosmetik, anda juga boleh menggunakan madu untuk kulit wajah. Tidak sekadar ber fungsi sebagai antiseptik semula jadi yang dapat meningkatkan imunisasi tubuh, madu juga bermanfaat sebagai pelembap semula jadi. Anda boleh menggunakan madu sebagai bahan mencantikkan wajah serta menghaluskan kulit kering atau pecah-pecah. Bagi yang mengalami bibir pecah, sapukan sedikit madu terutama pada waktu pagi dan malam.

Selain menghilang masalah bibir pecah, ia juga dapat membantu membuatkan bibir merah dan seksi andai dilakukan secara rutin. Bagi yang mengalami masalah liang-liang roma besar, apa kata atasinya dengan madu. Jadikan madu sebagai masker untuk mengecilkan liang-liang roma selain membantu menghaluskan kulit wajah. Caranya, ikuti panduan ini:
  • Bersihkan wajah dengan tuala yang telah dibasahi air suam untuk membuka liang-liang roma.
  • Campurkan madu dengan oat lalu sapukan ke seluruh permukaan wajah.
  • Biarkan sekitar 15-30 minit.
  • Cuci dengan air suam kemudian diikuti dengan air sejuk untuk menutup kembali liang-liang roma.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update