Saturday, November 13, 2010

Home » » Taktik baru seks dalam kereta

Taktik baru seks dalam kereta

KULIM - Pasangan kekasih yang sering melakukan maksiat di sekitar Kulim tidak lagi menjadikan rumah tumpangan atau premis persendirian tempat untuk memuaskan nafsu, sebaliknya perlakuan sumbang itu dilakukan dalam kereta dan dikenali 'seks mobil'.

Semua ini dilakukan untuk mengelak perbuatan mereka dikesan penduduk tempatan yang kemudiannya membuat aduan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK). Hasil tinjauan beberapa lokasi di sekitar Kulim sering menjadi tumpuan antaranya kawasan tangki air dan pembinaan.

Hasil pemeriksaan polis, mendapati kebanyakan mereka akan mematikan lampu kereta dan enjin dihidupkan untuk memudahkan mereka melarikan diri sekiranya serbuan dibuat.

Kelmarin, beberapa anggota polis bersama Rela membuat rondaan pencegahan jenayah dan pemeriksaan di kawasan padang berhampiran sebuah sekolah di Kulim kira-kira jam 2.45 pagi. Ketika rondaan, mereka menemui sebuah kereta Toyota dalam keadaan mencurigakan.

Apabila pemeriksaan dibuat, polis mendapati lelaki yang berusia 20, hanya memakai seluar pendek dan kemeja T manakala perempuan terbabit berusia 17 hanya memakai gaun pendek dan baju singlet. Pasangan itu mengaku baru melakukan hubungan seks dalam kereta.

Polis menasihatkan kepada pasangan itu supaya tidak menjadikan kawasan sunyi untuk melakukan hubungan seks kerana mereka terdedah kepada pelbagai perlakuan jenayah antaranya samun. Setelah mengambil butiran pasangan terbabit, polis mengarahkan mereka meninggalkan kawasan itu.

Ketua Unit Penguat kuasa Agama, PADK, Azmi Rejab berkata, banyak tangkapan sudah dibuat melibatkan pasangan yang melakukan maksiat dalam kereta. Walaupun perbuatan itu dilakukan dalam kereta tetapi PADK akan tetap menyiasat kes itu mengikut seksyen 9 di mana pasangan boleh dikenakan hukuman penjara setahun dan denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

“PADK sudah mengenal pasti beberapa kawasan yang menjadi tumpuan pasangan kekasih melakukan maksiat. Mereka akan menjadikan kawasan gelap dan jauh daripada orang ramai sebagai tempat melakukan hubungan seks dan ada pasangan yang diberkas PADK sedang melakukan maksiat dalam kereta di tepi jalan.

"Sehingga kini, mereka yang bukan beragama Islam juga memberikan kerjasama kepada PADK dengan menyalurkan maklumat. PADK mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang membantu dan kami berharap aduan akan terus disalurkan,” katanya.

1 comments:

Relevan said...

Maksiat dimana sahaja..dalam kereta atau tepi perigi pun boleh..apa nak jadi..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update