Wednesday, December 8, 2010

Home » » 1 Juta Ringgit untuk 1000 idea

1 Juta Ringgit untuk 1000 idea


Terdapat pelbagai peraturan/perundangan/lesen yang telah lapuk dan tidak lagi relevan untuk pengurusan pentadbiran yang berkesan. Kebanyakan peraturan/perundangan/lesen ini diwujudkan sejak dahulu lagi ketika keadaan ekonominya berbeza. Kakitangan Kerajaan terutama mereka yang berada di barisan hadapan kini diseru untuk mengenalpasti isu-isu berkenaan peraturan/perundangan/lesen yang telah lapuk serta mencadangkan idea-idea untuk penambahbaikan.

Adakah anda tahu tentang kewujudan peraturan/perundangan/lesen yang tidak lagi relevan pada masa sekarang? Adakah masih wujud lagi peraturan/perundangan/lesen yang tidak diperlukan?
Bolehkah anda mencadangkan proses-proses yang lebih kreatif dan inovatif untuk menambahbaik Sektor Awam?

Sahutlah cabaran PEMUDAH! Laksanakan perubahan. Bersamalah kita menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan awam. Maklumkan kepada kami peraturan/perundangan/lesen yang tidak lagi relevan dan anda berpeluang untuk memenangi RM1,000 untuk setiap cadangan yang diterima.

Terma dan syarat-syarat:
  • Cabaran ini terbuka kepada kakitangan Kerajaan dan tiada had jumlah penyertaan.
  • Kenalpasti peraturan/perundangan/lesen yang boleh diubah/dimansuhkan dan berikan cadangan anda untuk penambahbaikan.
  • Cadangkan proses-proses yang kreatif dan inovatif untuk menambahbaik Perkhidmatan Awam.
  • Hantarkan cadangan-cadangan anda melalui laman web www.pemudah.gov.my.
  • Dalam keadaan dimana kami menerima dua (2) atau lebih penyertaan dengan cadangan yang sama, hanya cadangan yang pertama diterima akan layak untuk dipertimbangkan.
  • Semua cadangan hendaklah diterima pihak kami selewat-lewatnya jam 12 tengah hari pada 31 Disember 2010 (Jumaat).
  • Anda boleh menghantar sebanyak mana cadangan yang dikehendaki.
  • Keputusan akan diumumkan pada bulan Febuari 2011.
  • Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.

maklumat lanjut di http://www.pemudah.gov.my/challenge
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update