Tuesday, January 22, 2013

Home » Banduan Penjara Penor bolos ketika cuci tasik

Banduan Penjara Penor bolos ketika cuci tasik


KUANTAN – Seorang banduan dipercayai melarikan diri dari Penjara Penor ketika sedang melakukan kerja-kerja mencuci tasik dalam kawasan penjara itu petang ini.
Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani, kejadian itu hanya disedari seorang petugas penjara ketika memeriksa bilangan banduan yang melakukan kerja-kerja tersebut.
"Banduan terbabit, Mohd Norhafiza Mat Sudin, 26, berasal dari Felda Tenang, Besut, Terengganu sedang menjalani hukuman selepas didapati bersalah mengikut Seksyen 2(2) (3)/15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Dia dihukum menjalani hukuman penjara mulai 15 September lepas dan tarikh bebas ialah pada 6 Disember 2013,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, banduan berkenaan melarikan diri dalam kawalan anggota penjara kira-kira jam 1.15 petang.
“Polis menerima laporan kira-kira jam 4.43 petang dan terus melancarkan operasi bersama kakitangan penjara di semua kawasan yang disyaki dan sempadan bagi mencari banduan itu,” katanya. – BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update