Monday, December 13, 2010

Home » » Anak jutawan skim cepat kaya jerut diri

Anak jutawan skim cepat kaya jerut diri

2010/12/13

NEW YORK: Mark Madoff (atas), anak sulung Benard Madoff, jutawan yang terbabit dengan skandal menipu pelabur menerusi skim Ponzi (skim cepat kaya) bernilai berbilion-bilion dolar dua tahun lalu, ditemui mati tergantung di pangsapurinya di New York pagi semalam, dipercayai membunuh diri, kata pegawai.

Jurucakap jabatan polis New York berkata, Mark, 46, ditemui bapa mentuanya tergantung di saluran paip siling pangsapurinya, manakala anak lelakinya berusia dua tahun, tidur di bilik bersebelahan.
Jiran berkumpul di luar kawasan pangsapuri beliau di Lower Manhattan ketika pihak berkuasa membawa mayatnya ke dalam van untuk dibedah siasat.
“Mark Madoff membunuh diri hari ini. Kami amat terkejut dan dukacita dengan apa yang berlaku,” kata peguam keluarga beliau, Martin Flumenbaum dalam satu kenyataan.

Mark bertindak membunuh diri, dua tahun selepas bapanya ditahan kerana menganjurkan satu skim pelaburan piramid yang menipu pelabur berjumlah berbilion-bilion dolar di seluruh dunia dalam tempoh satu dekad kerjayanya.

Madoff dijatuhi hukuman penjara 150 tahun dan sejak itu hanya beberapa dakwaan jenayah kecil dikenakan ke atasnya.

Walaupun tiada dakwaan difailkan terhadap Mark, beliau disaman pemegang amanah raya Amerika dalam usaha mengembalikan semula wang kepada mangsa. – Agensi

1 comments:

virulent lolita tan benihime said...

aik??kaya bunuh diri apehal??buknnye ade mlsh

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update