Monday, December 13, 2010

Home » » Cara Menangani Perasaan Marah

Cara Menangani Perasaan Marah

Orang yang berakal waras mempunyai perasaan marah, kerana ia merupakan salah satu tabiat, yang ada kaitan dengan perasaan, yang lahir dari otak. Walaupun demikian, tahap kemarahan yang tercetus melalui perlakuan itu bergantung kepada banyak faktor, di antaranya ialah ketahanan seseorang itu menahan sabar, yang ada kaitan secara langsung dengan didikan yang diterima, pengalaman dan pergaulan hidup, iman yang dimiliki, suasana sekeliling yang mempengaruhi dan sebagainya. Ia juga termasuk kaitan baka, biarpun faktor terakhir ini tidak dapat dibuktikan secara pasti.

Menurut al-Hafiz bin Abdullah Muhammad (1984: 283), selain daripada melembutkan hati yang keras, bersifat pemaaf, membentuk sifat tawaduk dalam diri, sembahyang juga memadamkan api kemarahan. Sembahyang yang dimaksudkan di sini ialah umu, sama ada sembahyang fardu atau sembahyang sunat.

Rasulullah mengajar agar orang yang sedang marah, yang berada dalam keadaan berdiri itu agar mengubah posisinya, iaitu duduk. Andainya ia tidak berjaya meredakan kemarahannya, maka ia hendaklah baring.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update