Saturday, December 25, 2010

Home » » Apa yang menyebabkan katak jantan menjadi betina?

Apa yang menyebabkan katak jantan menjadi betina?





Susunan KHAIRUNNISA SULAIMAN

ATRAZIN, satu dari jenis racun perosak yang kerap digunakan di dunia, mengubah alat kelamin kodok menjelang dewasa.

Hasilnya satu dari sepuluh kodok jantan berubah menjadi betina berdasarkan penyelidikan yang dijalankan oleh ahli biologi Universiti California, Berkeley, Amerika Syarikat (AS).

Sebanyak 75 peratus racun makhluk perosak atrazin menyebabkan kurang kemampuan dalam pembiakan di dalam habitat semulajadi.

Profesor dari universiti berkenaan, Tyrone B Hayes, berkata kodok jantan kehilangan hormon dan semua fungsi kawalan pada testesteron.

"Kemampuan mereka membiak turun sehingga sepuluh peratus tetapi kodok jantan berkenaan masih boleh membiak jika terdapat kodok betina," kata Hayes.

Bagaimapun jika kodok berkenaan diletakkan bersama-sama kodok jantan lain, ia tidak berpeluang untuk membiak.

Sebelum ini, keadaan berkenaan dianggap biasa dalam alam haiwan amfibia mempunyai gen yang memungkinkan mereka membiak dengan kodok jantan.

"Ketika kodok jantan meningkat dewasa, kami dapati bahawa di mana-mana 10 sampai 50 peratus kodok adalah betina".

"Dalam populasi, gen jantan betina dapat doseimbangkan mengikut keperluan populasi," kata Hayes.

Kajian lapangan ke atas African clawed frog (Xenopus laevis) menunjukkan atrazin mungkin menjadi sebagai salah satu penyebab perubahan gen amfibia.

Kajian menunjukkan atrazin mempengaruhi kemampuan hormon pembiakan binatang seperti ikan, amfibia, burung dan reptilia.

estidotmy 

1 comments:

lavender harum wangi said...

kalau guna kat manusia bole? gembira la nyah2 kat dunia ni nanti.. hahaha :D

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update