Wednesday, December 22, 2010

Home » » Down light mengubah suasana ruangan

Down light mengubah suasana ruangan

PENGGUNAAN ‘down light’ atau lampu pencahayaan ke bawah yang dipasang terus pada siling kian popular kerana mampu menyerlahkan suasana kemas dan melengkapi konsep dekorasi.

Lampu berkenaan juga dikatakan berupaya mengurangkan penggunaan tenaga elektrik selain memberikan pencahayaan tumpu lebih terang dan menarik.

Penggunaan lampu berkenaan antara langkah efektif untuk mengubah suasana ruangan kediaman berbanding penggunaan lampu biasa.

Malah suasana ceria, hangat dan lebih terang dapat dinikmati sepanjang masa khusus�nya malam.


Pemilihan reka bentuk ‘down light’ yang sesuai tentunya memberikan kesan pencahayaan terbaik selari dengan konsep dekorasi di kediaman anda.


Dapatkan panduan pemasangan ‘down light’ jika anda bercadang untuk melakukan sendiri tugas pemasangan.

Jika melantik kontraktor atau pakar hiasan dalaman, wujud�kan perbincangan terperinci berkenaan pilihan dan reka letak lampu berkenaan.

Ia bagi memastikan kedudukannya sesuai dengan konsep dekorasi dan cita rasa anda sebagai pemilik kediaman.

Bagaimanapun, pastikan sistem pendawaian elektriknya selamat dan tidak mengundang kejadian tidak diingini seperti kejutan elektrik.

Apatah lagi pendawaian elektrik di kediaman baru amat diperlukan dan keprihatinan pemiliknya penting.

Ini kerana kebanyakan kediaman baru hanya disediakan punca bekalan yang asas saja.

Tidak ramai pembeli mempunyai pilihan selain terpaksa memasang sendiri peralatan elektrik di rumah mereka termasuk aksesori terkini yang mendapat sambutan yang tidak kurang hebatnya.

Paling tidak pemilik terpaksa mengupah kontraktor untuk kerja pendawaian dan pemasangan lampu elektrik.

Sistem pendawaian sempurna berupaya mengelak litar pintas, renjatan elektrik dan kerosakan peralatan elektrik seperti televisyen, mesin basuh dan penyaman udara.

mymetro
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update