1. Rahsiakan katalaluan anda dari orang lain walaupun kepada orang yang rapat dengan anda. Adalah diingatkan katalaluan anda adalah rahsia.
2. Jangan beritahu katalaluan anda secara lisan mahupun secara elektronik. Walaupun memberi hanya bayangan kepada katalaluan anda kepada orang lain, perbuatan ini juga akan membenarkan orang lain meneka katalaluan anda.
3. Jangan rakamkan (record) secara online katalaluan anda. Merakamkan katalaluan di PC adalah sama bahayanya dengan merakamkannnya ketika 'off-line' di mana orang lain boleh mencari dan mendapatkan katalaluan anda dari PC yang anda tinggalkan walaupun seketika. Menggunakan 'screen saver' yang menggunakan katalaluan mungkin dapat melindungi katalaluan tetapi penggunaannya tidak digalakkan.
4. Jangan menulis katalaluan anda di atas kertas, di dalam buku, diari atau di mana-mana yang boleh dijumpai dan dibaca oleh orang lain. Cara yang paling mudah dan selamat sekali ialah menghafal katalaluan anda.
5. Jangan biarkan orang lain berada berdekatan dengan anda ketika anda sedang menulis (menaip) atau memasukkan katalaluan. Orang lain meungkin dapat melihat gerak tangan anda ketika memasukkan (menaip) katalaluan. Jika rakan anda berada berdekatan dengan anda, anda boleh menyuruhnya berada jauh sedikit supaya dia tidak dapat melihat katalaluan yang ingin anda masukkan.
6. Jangan terlalu cepat memberikan maklumat yang berkaitan dengan katalaluan jika diminta. Siasat dahulu orang yang meminta maklumat berkenaan katalaluan anda.
Wednesday, December 22, 2010
Cara melindungi Katalaluan
2010-12-22T12:00:00+08:00
alissa
Tip\petua|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)