Apa yang boleh lakukan ialah orientasi semula pemikiran dengan mengatakan setiap orang mempunyai kekuatan dan kekurangan diri. Melihat kekuatan orang lain akan dapat mengurangkan sikap buruk sangka.
Dalam Islam, buruk sangka sangat dilarang. Allah s.w.t berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..." (Al-Hujuraat:12).
Untuk mengelakkan daripada buruk sangka, kita harus menyedari perlakuan ini sangat tidak baik dan tidak dibenarkan dalam hubungan persaudaraan. Paling penting adalah memperkukuhkan terus jalinan persaudaraan supaya dapat dielakkan sikap buruk sangka.
Membuat intropeksi dan muhasabah diri dapat mengurangkan sikap ini. Khalifah Umar bin Khattab menyatakan:
"Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar daripada seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan".