Thursday, December 30, 2010

Home » » Esok cuti umum meraikan kemenangan pasukan bola sepak Malaysia

Esok cuti umum meraikan kemenangan pasukan bola sepak Malaysia

KUALA LUMPUR -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini, 31 Dis sebagai cuti umum untuk meraikan kemenangan pasukan bola sepak Malaysia menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Piala AFF Suzuki 2010.

Beliau membuat pengisytiharan itu dalam kenyataannya malam tadi.

Pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, di Jakarta, Indonesia malam ini, pasukan bola sepak Malaysia menewaskan pasukan Indonesia dengan agregat 4-2.

Kemenangan ini mengakhiri penantian Malaysia selama 14 tahun untuk memenangi piala tersebut.
-- BERNAMA

sinarharian

Comments

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
There are no comments posted yet. Be the first one!

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update