AJARAN dan fahaman Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam dan menjadi ancaman kepada perpaduan ummah, keutuhan agama, perpaduan bangsa dan keamanan negara.
Fahaman dan ajaran ini perlu disekat keseluruhan daripada berkembang berdasarkan beberapa percanggahan dalam fahaman itu sama ada dari sudut akidah, syariah dan pelbagai penyelewengan umum lain.
# Syiah mempercayai imam sudah ditentukan oleh Allah melalui lisan Rasul-Nya secara nas. Syiah mempercayai wasi Rasulullah SAW ialah Saidina Ali, kemudian Saidina Ali mewasiatkan pula kepada anaknya Hasan dan Hasan mewasiatkan pula kepada Hussain sehinggalah kepada Imam Dua Belas AI-Mahdi AI-Muntazar.
Ulasan buku Penjelasan Terhadap Fahaman Syiah terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memberi maklumat dan penjelasan kepada orang ramai, tidak ada nas dari al-Quran atau hadis sahih yang jelas maksudnya bahawa Saidina Ali ditentukan sebagai khalifah selepas wafat Rasulullah SAW.
Oleh kerana itu, sahabat bersetuju melantik Saidina Abu Bakar sebagai khalifah yang pertama sebaik saja wafat Rasulullah SAW dan Saidina Ali sendiri bermubaya'ah dengan Saidina Abu Bakar.
# Syiah meyakini bahawa imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar dari peringkat kanak-kanak sehinggalah meninggal dunia. Kedudukan mereka sama seperti nabi. Pada iktikad mereka, imam tidak melakukan kesalahan, tidak lupa, pemelihara syariat dan melaksanakan hukum.
Jelas dalam al-Quran dan hadis sahih bahawa yang maksum hanyalah rasul dan anbia’ saja. Oleh itu dalam hal berkaitan akidah, memerlukan kepada dalil yang qat’ie.
Ini dijelaskan ayat al-Quran yang bermaksud: “Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakan itu (sama ada al-Quran dan hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.” – (Surah An-Najm, ayat 3 - 4)
# Syiah Imamiah mempercayai Muhammad bin Hassan al-Askari adalah imam yang ditunggu-tunggu yang hilang dan akan muncul semula untuk memerintah dan menghukum orang melakukan kezaliman. Beliau menghilangkan diri selama 65 tahun mulai 260 Hijrah hingga 329 Hijrah.
Pada dasarnya Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak menolak kemunculan Imam Mahdi, tetapi ia bukanlah Muhammad bin Hassan al-Askari seperti didakwa golongan Syiah itu. Malah apa yang jelas melalui hadis Nabi SAW, Imam Mahdi adalah daripada keturunan Rasulullah.
Sabda Baginda yang bermaksud: “Daripada Abu Said katanya, Rasulullah bersabda: Imam Mahdi daripada keturunanku, luas dahinya, tinggi hidungnya. Ia memerintah bumi dengan penuh keadilan. Ia memerintah selama tujuh tahun.” – (Hadis riwayat Abu Daud dan al-Hakim)
# Syiah menyanjung Saidina Ali berlebih-lebihan sehingga disamatarafkan dengan Rasulullah. Bahkan dalam beberapa hal Saidina Ali dianggap lebih tinggi lagi.
Tidak ada dalam al-Quran atau hadis sahih menyatakan Saidina Ali mempunyai martabat seperti Rasulullah apatah lagi lebih daripadanya. Dengan kepercayaan keterlaluan terhadap Saidina Ali ini, adalah menyeleweng dan satu khurafat yang sangat nyata.
Nama Saidina Ali tidak ada dalam al-Quran, kerana beliau bukan seorang nabi atau rasul, tetapi hanya sahabat dan menantu Rasulullah SAW yang dijamin masuk syurga. Namun Nabi Muhammad sendiri tidak disanjung dan dipuja para sahabat secara berlebihan sehingga melampaui batas.
# Syiah menghalalkan nikah mutaah. Mengikut ajaran dan fahaman Syiah, perkahwinan ini tidak memerlukan saksi, wali dan perisytiharan.
Nikah mutaah diharamkan Nabi Muhammad SAW buat selama-lamanya sehingga hari kiamat menerusi hadis sahih sebelum Baginda wafat dan salah seorang perawi hadis itu ialah Saidina Ali sendiri.
Daripada Ali bin Abu Talib katanya: “Bahawa Rasulullah SAW melarang nikah mutaah pada hari peperangan Khaibar dan melarang juga memakan daging keldai jinak.” (Riwayat Ibn Majah dan al-Nasai)
Sumber: Buku Penjelasan Terhadap Fahaman Syiah, JAKIM
Sunday, December 26, 2010
Home »
info
»
Kenapa ajaran dan fahaman Syiah bercanggah daripada ajaran Islam
Kenapa ajaran dan fahaman Syiah bercanggah daripada ajaran Islam
Kenapa ajaran dan fahaman Syiah bercanggah daripada ajaran Islam
2010-12-26T08:00:00+08:00
alissa
info|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)