Friday, December 24, 2010

Home » » Nissan Teana kenderaan sedan mewah paling laris di China

Nissan Teana kenderaan sedan mewah paling laris di China


SELEPAS dinobatkan kenderaan sedan mewah paling laris di China, Nissan Teana akhirnya dilancarkan dalam pasaran automotif di Malaysia.

Nissan Teana serba baru berpaksikan kepada konsep kenderaan kategori sedan membabitkan dinamik dan unggul dengan gaya mewah moden.

Teana yang bermaksud permulaan daripada perkataan kaum asli di Amerika Syarikat, sekali gus memberi petunjuk kepada bermulanya era sedan mewah moden serba baru.


Nissan Teana tampil denganreka bentuk moden dan artistiknya menjadikan rekaan itu didefinisikan menerusi garis karekter yang berani serta elegan.



Penampilan mewah dan moden itu turut membabitkan jeriji hadapan yang berdasarkan kepada susunan satu bar berkedudukan mendatar untuk menampilkan wajah tiga dimensi dengan sirip elegan yang dibentuk dari satu lingkungan.

Nissan Teana Front Grille


Kombinasi lampu LED belakang yang dipadankan menampakkan ia lebih menyerlah, di samping membuatkan bahagian belakang kelihatan lebar.


Jentera itu menawarkan pemanduan yang selesa dan stabil, hasil daripada penggunaan sistem suspensi topang bebas di bahagian hadapan dan sistem suspensi multi-link pada roda belakang.

Ia juga dilengkapi material penyerap bunyi di seluruh kenderaan bagi mengurangkan bunyi bising.




Teana ditawarkan pelbagai ciri premium untuk memberi keselesaan kepada pemandu dan penumpangnya membabitkan butang penghidup enjin, penghawa dingin automatik dua zon dan enam penukar cakera padat dengan enam pembesar suara audio.


Ciri keselamatan dalam kenderaan itu dilengkapi seperti beg udara, perehat kepala hadapan aktif, Sistem Anti Brek (ABS) dan Bantuan Brek (BA).


Nissan Teana serba baru ditawarkan dalam lima warna menarik termasuk kelabu Deep Amethyst, perak Tungsten, hitam Sapphire, emas Chardonnay dan putih Brilliant manakala putih mutiara, merah Bordeaux dan biru Luna adalah eksklusif untuk varian Teana 3.5L V6.


New Xtronic CVT


Harga di atas jalan Nissan Teana 2.0L Comfort (RM138,000); 2.0L Luxury (RM142,000), 2.5L V6 Premium (RM168,000) dan 3.5L V6 Exquisite yang diimportsepenuhnya dari Jepun (RM248,500).

The V6 Engines (for 2.5L & 3.5L)


MR20DE Engine (for 2.0L)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update