Sunday, December 5, 2010

Home » » PTPTN melahirkan generasi berhutang

PTPTN melahirkan generasi berhutang

KUALA LUMPUR - Pimjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Malaysia (PTPTN) dilihat lebih melahirkan generasi berhutang berbanding graduan berkaliber untuk menceburi sektor pekerjaan setelah tamat pengajian.

Ahli parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusuf (gambar) berkata, kerajaan perlu memberi kemudahan yang bersifat berperikemanusiaan dan bukanya membebankan generasi muda yang akan menjadi pemimpin negara di masa hadapan.

Menurutnya, pinjaman PTPTN ini perlu ditukar keapada pemberian biasiswa yang dilihat lebih bersifat membantu mahasiswa dalam pengajian mereka.

“PTPTN melahirkan generasi berhutang, bukannya membantu graduan, hutang bukannya tidak boleh tetapi janganlah sehingga membebankan pelajar.

“Pinjaman ini hanya membebankan dari melahirkan pelajar yang lebih dinamik, oleh yang demikian yang cadangkan kepada kementerian pelajaran supaya PTPTN digantikan kepada biasiswa untuk kemudahan pelajar,” katanya dalam Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata, pemberian biasiswa ini juga perlu diberikan kepada semua kaum bagi menunjukkan kemudahan yang diberikan kerajaan dirasai semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update