Thursday, January 6, 2011

Home » » Nora Danish jatuh hati dengan Safee Sali & Khairul Fahmi?

Nora Danish jatuh hati dengan Safee Sali & Khairul Fahmi?

KEJAYAAN skuad bola sepak kebangsaan meraih gelaran juara baru Piala Suzuki AFF 2010 ternyata menarik perhatian. Ramai yang memuji aksi barisan pemain pimpinan K Rajagopal itu.

Tidak terkecuali kelompok selebriti popular tanah air yang turut meluahkan perasaan bangga dengan pencapaian pasukan kebangsaan. Paling menarik perhatian komen artis yang mendapat jolokan Hot Mama, Nora Danish menerusi ruangan laman sosial facebook atau twitter miliknya.

Katanya, 'proud to be Malaysian. Safee & Fahmi, both of u are my sweethearts XOXO call me!'. Pelbagai reaksi yang SS dengar mengenai kenyataan Nora menerusi laman sosial yang diikuti ramai peminat itu. Ada yang kurang senang dengan kenyataan artis jelita ini. Walaupun apapun kenyataan yang dikeluarkan Nora itu tiada lain bagaikan satu pujian dan motivasi kepada pemain kebangsaan.

Malah, rakan SS sempat merisik-risik dengan orang kanan Nora mengenai kenyataannya itu. Benarkah pelakon jelita itu sudah jatuh hati dengan pemain bola sepak kebangsaan terutama penjaring terbanyak kejohanan, Safee Sali dan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat? Setahu SS dua bintang bola sepak ini sudah mempunyai teman istimewa masing-masing tambah-tambah lagi Safee yang sudah beristeri. Fahmi pula sudah mempunyai kekasih hati.

Sememangnya, kenyataan itu hanya sekadar gurauan dan Nora sekadar berlawak saja. Jangan ada pula pihak yang membuat spekulasi yang bukan-bukan. Nora yang sedang bercuti di Jepun bersama keluarga, hanya terlalu teruja dengan kemenangan skuad negara. Kenyataan itu pula hanya diluahkan secara spontan dan tiada niat lain selain memuji aksi mantap pemain kebangsaan.


SS percaya kenyataan itu juga didorong oleh semangat peminat setia bola sepak kebangsaan yang dahagakan kejayaan meraih gelaran jaguh Asean selepas 14 tahun menunggunya.

mymetro
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update