Thursday, January 20, 2011

Home » » Main permainan video sambil buang air kecil

Main permainan video sambil buang air kecil




TOKYO: Sebuah syarikat pereka mainan video Jepun, Sega, melangkah satu tapak ke depan apabila memasang permainan yang dikawal oleh air kencing di tandas di Tokyo.

Empat jenis permainan ‘Toylets’ boleh didapati sepanjang tempoh ujian di empat tandas lelaki di pub dan arkid permainan menerusi projek untuk menarik perhatian kepada pada iklan digital.



Setiap mangkuk tandas membuang air kecil dipasang dengan pengesan tekanan dan sebuah panel digital ditempatkan pada paras mata. Iklan digital ditayangkan selepas permainan itu.

Antara permainan ialah ‘Graffiti Eraser’ (Pemadam Grafiti) yang memerlukan pengguna menghalakan pancutan air kencing mereka pada pengesan tekanan dalam mangkuk tandas untuk memadamkan lukisan grafiti yang dipamerkan. - AFP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update