Thursday, March 17, 2011

Home » » Cara Baru Sindikit Pakai Rakam pakai kamera mini rakam bogel dan adegan seks

Cara Baru Sindikit Pakai Rakam pakai kamera mini rakam bogel dan adegan seks

KAMERA mini yang dipasang pada kunci kereta digunakan sindiket merakamkan gambar bogel dan adegan seks mangsa sebelum mengugut menyebarkannya di internet.


KUALA LUMPUR: Bermodalkan kamera mini berharga tidak sampai RM50, satu sindiket peras ugut di ibu negara dikesan memperoleh keuntungan jutaan ringgit dengan hanya merakamkan gambar bogel dan adegan seks mangsa mereka sebelum mengugut menyebarkannya ke internet.
Sindiket itu yang didalangi warga asing, dipercayai dari China dan Afrika, menjadikan golongan profesional dan ahli perniagaan yang berpendapatan tinggi sebagai sasaran utama.

Difahamkan, anggota sindiket dan mangsa mereka, yang sebahagian besar-
nya sudah berkahwin dan berkeluarga, mula berkenalan atas urusan perniagaan sebelum memperdayakan mangsa untuk jatuh cinta sehingga mengadakan hubungan seks di hotel mewah di bandar raya ini.

Mangsa yang ghairah menikmati ‘keseronokan baru’ tidak menyedari adegan seks itu dirakamkan menggunakan kamera mini, yang biasanya disembunyikan dalam rantai kunci kereta, sebelum mengugut mangsa membayar wang dan jika enggan, gambar berkenaan akan disebarkan ke internet.

Ketua Biro Aduan Awam MCA, Datuk Michael Chong ketika mendedahkan perkara itu, berkata dalam beberapa kes yang dilaporkan kepadanya, anggota sindiket turut mengugut akan mende-dahkan kecurangan mangsa kepada suami atau isteri masing-masing jika permintaan mereka tidak dipenuhi.
“Kita menerima lima aduan berhubung kes ini sejak tahun lalu, masing-masing membabitkan tiga mangsa lelaki dan dua wanita berkerjaya. Kesemua mangsa sudah berkahwin dan berkeluarga ini diugut supaya membayar antara RM100,000 hingga RM300,000 jika tidak mahu gambar serta video (seks) mereka disebarkan ke internet.

“Malah, kesemua mangsa berada dalam keadaan trauma apabila anggota sindiket mengugut mahu memporak-perandakan rumah tangga mereka jika permintaan itu tidak dipenuhi,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Beliau juga percaya terdapat banyak kes seumpamanya berlaku, namun mangsa tidak berani mendedahkannya atau melaporkan kegiatan itu kepada pihak berkuasa kerana bimbang rumah tangga mereka musnah sekiranya hubungan terlarang itu terbongkar.

“Kebanyakan pengadu amat bimbang rumah tangga dan keluarga mereka musnah sekiranya kecurangan mereka terbongkar, namun kita berjaya menyelesaikan sebahagian kes dengan melakukan perbincangan dengan pasangan masingmasing,” katanya.

“Kita tidak mahu mangsa memberi muka kepada anggota sindiket dengan membayar wang yang diminta sebaliknya melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa agar tindakan sewajarnya dapat diambil terhadap penjenayah terbabit,” katanya.

Michael turut memohon pihak berkuasa memantau penjualan kamera mini tersembunyi yang direka dalam bentuk rantai kunci kereta, pen, cermin mata, jam tangan yang kini banyak dijual di pasaran agar ia tidak mudah disalah gunakan untuk melakukan jenayah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update