Saturday, April 2, 2011

Home » » Hati-hati Taktik Baru Bank Kelirukan Pengguna Kad Kredit

Hati-hati Taktik Baru Bank Kelirukan Pengguna Kad Kredit

Pada minggu lepas, Bank Negara memperkenalkan beberapa syarat kelayakan baru bagi mendapatkan kad kredit, ekoran hutang kad kredit yang semakin meningkat. Antara syarat baru yang diperkenalkan adalah kelayakan pendapatan minimum.

Sebelum ini, pemohon kad kredit perlu mempunyai pendapatan minimum RM18,000 setahun. Dengan pengenalan syarat baru ini, pemohon kad kredit perlu mempunyai pendapatan minimum RM24,000 setahun sebelum permohonan kad kredit mereka dapat diluluskan.

Selain itu, bagi pemohon atau pemegang kad kredit yang memperoleh pendapatan RM36,000 setahun ataupun kurang, mereka hanya dibenarkan memiliki kad kredit daripada maksimum dua pengeluar kad sahaja.

Namun begitu, pada masa yang sama, pihak Bank Negara juga perlu mengambil perhatian akan taktik pemasaran kad kredit yang mengelirukan pengguna. Antara taktik dimaksudkan adalah sesetengah bank akan menghantar surat promosi kepada pemegang kad kredit.

Antara yang dilampirkan bersama surat itu adalah sekeping cek. Bagi pengguna yang tidak sedar, mereka akan menyangka bahawa cek itu adalah hadiah ataupun ganjaran daripada bank, barangkali kerana menggunakan perkhidmatan kad kredit bank itu.

Hakikat yang sebenarnya adalah cek itu merupakan cash advance, dan bukannya hadiah daripada bank. Apabila pengguna kad kredit mendepositkan cek itu ke dalam akaun mereka atas sangkaan bahawa ia adalah hadiah YANG TIDAK MEMERLUKAN APA-APA BAYARAN BALIK, mereka seterusnya pasti terkejut jika dikenakan kadar faedah kad kredit yang sememangnya tinggi. Kita tidak mahu berlaku situasi yang mana pengguna kad kredit secara tidak sedar meminjam wang dari bank berkenaan melalui kemudahan cash advance yang TIDAK PERNAH PUN MEREKA POHON.

Bank Negara perlu bertindak tegas supaya tiada institusi kewangan, sama ada bank, syarikat insurans dan lain-lain lagi yang menggunakan taktik pemasaran yang mengelirukan pengguna. Dalam contoh di atas, pemegang kad kredit berkenaan tidak pernah pun memohon bagi diberikan cash advance.

Yanti Haron

sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update