Sunday, January 6, 2013
Home »
10 ungkapan penyejuk hati pasangan
Semasa pertengkaran, pelbagai ungkapan menyakitkan mungkin diluahkan. Apakah kalimah-kalimah yang seharusnya menjadi amalan?
Ramai yang kerap mengatakan bahawa komunikasi adalah kunci ke arah pernikahan yang harmonis. Tetapi mengapa dengan adanya komunikasi, hubungan masih tetap bergolak? Pakar psikologi klinikal yang juga kaunselor rumah tangga dari California Selatan, Dr Randi Gunther, berkata apa yang paling penting adalah CARA anda mengatakannya. Jadi bagaimana? Beliau memberikan 10 tip yang dipercayai berkesan dalam mengatasi masalah dalam rumah tangga. Ayuh cubalah ke atas pasangan agar hubungan tetap mesra.
1. Kita hadapi ini bersamasama
“Pernikahan itu penuh cubaan. Contohnya, jika pasangan anda mengatakan dia baru saja dipecat daripada pekerjaannya, anda hanya punya sekitar lima saat untuk memberikan reaksi positif, untuk menunjukkan hubungan anda lebih kuat daripada segala masalah yang menghambat,” kata Dr Randi. Nah, daripada menangis memikirkan kesulitan hidup yang akan datang dan belum tentu juga sesulit yang anda fi kirkan, lebih baik berikan semangat kepada pasangan. Bukan sahaja ia menyelesaikan masalah, malah berupaya untuk membuat pasangan anda tidak patah semangat. Pernikahan ‘kan bermakna kesediaan untuk susah senang bersama?
2. “Awak ‘kan pakarnya...”
“Aset terbaik dalam hubungan adalah jika setiap pasangan mengaku sepenuhnya kekurangan masingmasing,” ujar Dr Randi. Jika memang jejaka dalam hidup anda itu gemar bercucuk tanam, biarkanlah sahaja dirinya mengurus taman kecil di rumah anda. Jangan anda pula yang mengarahkannya. Duduk dan nikmati sahaja kesejukan yang ada. Jangan lupa ucapkan terima kasih kepadanya kerana telah mewujudkan persekitaran rumah menjadi lebih nyaman.
3. “Saya marah!”
Menurut Dr Randi yang sudah 40 tahun menjadi konsultan rumah tangga, berdasarkan pengalamannya, beliau kerap menemui pasangan yang mengatakan: “Saya tidak marah” untuk menghindari konflik. Hakikatnya, keengganan untuk mengakui kemarahan itu hanya akan memperpanjangkan tempoh konflik. Beliau menyarankan agar pasangan yang sedang marah itu mengatakan sahaja keadaan sebenar daripada terus-terusan memendam rasa. Jika disembunyikan, ia umpama bom waktu yang akan siap meledak bila-bila masa sahaja.
4. “Luahkan apa yang awak inginkan.”
Di tengah-tengah pertengkaran sengit antara anda dengan pasangan, sebaikbaiknya, katakanlah kepadanya ungkapan ini sebagai pembuka. Kalimat itu akan memberikan kesan bahawa anda siap mendengar apa jua keluh-kesah yang selama ini membelenggu di dalam benaknya.
5. Katakan langsung kepadanya
Dengan kecanggihan era teknologi dewasa ini, kita hidup dalam era telefon bijak. Namun, adalah satu tindakan kurang bijak jika anda menggunakan telefon bimbit sebagai saluran penyata luahan. Mengirimkan SMS yang mengandungi kata-kata: “Maafkan saya ya...”, ditambah pula dengan ikon sedih tidak mempunyai kesan yang sama jika anda menatap sepasang bebola matanya dan mengungkapkan kata-kata itu dengan tulus dan penuh kesungguhan.
6. “Saya perlukan masa bersendiri...”
Interaksi antara dua orang yang saling menyayangi boleh menjadi sangat serius, tegang dan saling melempar kalimat menyakitkan. Ini saat terbaik untuk meminta masa bersendiri atau time-out. Dalam persekitaran yang sunyi, masingmasing boleh berfi kir kembali dalam keadaan tenang dan mulai mengkaji permasalahan.
7. “Awak amat bererti, terima kasih kerana mengingatkan.”
Dalam sesebuah hubungan, komenkomen positif seringkali hanya tersimpan di dalam hati, sementara komen-komen negatif pula begitu deras meluncur. Sedarkah anda bahawa untuk mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan begitu mudah dan singkat. Untuk mengungkapkan kata-kata yang baik pun begitu juga. Katakan yang anda amat mencintainya.
8. “Walau semarah mana, saya tetap cintakan awak.”
Saat ledakan emosi terjadi, setiap pasangan akan bersifat egosentris dan enggan memikirkan perasaan yang lain. Pokoknya semua ingin dimengerti. Hanya ketika keadaan reda, masing-masing akan menyesal kerana menjadi egois. Kesediaan mengucapkan penyesalan secepat mungkin kepada pasangan akan melembutkan hati pasangan. Lebih cepat dilakukan, lebih segera anda kembali harmonis.
9. “Apa yang boleh saya buat?”
Ketika pasangan sedang sedih atau frust, kerapkali dia akan bersikap dingin, menjauh, marah-marah dan membuat anda serba salah. Daripada anda naik radang atau ikut mogok, apa kata anda tanyakan terus kepadanya apakah yang boleh dilakukannya untuk memperbaiki keadaan. Keadaan akan lebih tenang dan insya-Allah huraian bakal turut menjengah.
10. “Saya mahu awak jujur.”
“Intinya, anda akan belajar untuk saling mengerti, sekali gus dapat menjangkakan perkara yang akan membuat pasangan anda marah,” tambah Dr Randi. Jadi, mengapa harus saling menyembunyikan rasa kesal atau perbezaan pendapat? Beritahu kepadanya secara jujur, tenang dan lembut.

2013-01-06T22:38:00+08:00
alissa