Monday, April 12, 2010



BAWAL SWEET-SOUR
 
INGREDIENTS:

1 ekor ikan bawal [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit

BAHAN UNTUK SOS :

5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak

METHODS:
 
1.                   Ikan dilumurkan garam & kunyit dan gorengkan dalam minyak sehingga masak.
2.                   Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk tumisan.
3.                   Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
4.                   Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air. Biarkan mendidih.
5.                   Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
6.                   Setelah kuah pekat, tuangkan ke atas ikan bawal yg telah digoreng tadi.
7.                   Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.





 

CENCARU BELAH BELAKANG
 
INGREDIENTS:

4 ekor ikan cencaru[dicuci dan dibelah dibelakang]
minyak

BAHAN SAMBAL (MESINKAN)
 
2 batang serai [racikkan]
4 ulas bawang merah
6 tangkai cili merah
2 s/b kelapa parut
garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan
daun kunyit [mayang halus]
3 biji limau kaasturi [belah 2 dan buangkan biji]

METHODS:
 
1.                   Mesinkan bahan sambal dan gaulkan dengan daun kunyit.
2.                   Sumbatkan sambal kedalam/belakang ikan cencaru.
3.                   Panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga garing..
4.                   Terbalikkan ikan supaya garing dikedua2 belah ikan tu.
5.                   Bila dah masak hidangkan dalam pinggan.
6.                   Hiaskan dengan salad dan limau kasturi supaya semasa makan boleh diperahkan limau untuk menambah perisa sambal dalam ikan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update