Sunday, June 20, 2010

Home » » CUTI SEKOLAH VS KENDURI

CUTI SEKOLAH VS KENDURI

dah menjadi adat zaman sekarang asal cuti sekolah je kenduri, asal kenduri je cuti sekolah. memang banyak sangat undangan ke majlis kawin yang aku dapat sepanjang 2 minggu cuti sekolah nie... seronok tengok orang kawin mengimbau kenangan aku dan dia dikawinkan sedikit waktu dulu...heee..(semoga cinta terus bersemi!!!)

kaum keluarga terdekat juga ada yang naik pelamin musim nie... adik ipar aku kat terengganu, wajah tenang setenang air, senyum manis semanis madu juga tidak ketinggalan meraikan hari yang paling bermakna dalam hidupnya..

16 Jun
semua ahli keluarga berkumpul kat rumah mak. adik beradik,ipar duai dan biras semuanya ada..seronok dapat berkumpul dengan semuanya... wajah tenang ani dah mula tak setenang dulu.ketika ini juga ani dah mula bertanya soalan2 pelik.. katanya, takut membayangkan bagaimana keadaan selepas kawin lebih2 lagi perkawinan ini ditetapkan keluarga... seronok betuk aku tengok ani yang makin gelisah...malam itu ani dah diijab qabulkan.dan majlis berjalan dengan lancar. wajah ani berseri sekali..mingkin ini yang dikatakan seri pengantin..

17 Jun
Majlis kenduri
setiap orang dah mula kalut dari pagi2 lagi...suara riuh rendah saudara mara dan sahabat handai dah mula kedengaran. hari ini ani betul2 teruja..pagi2 lagi dah melemparkan senyuman manisnya pada aku...hehe.... alhamdulillah perjalanan majlis berjalan dengan lancar selancarnya.. tahniah buat ani...

18 Jun
Majlis Sambut Menantu
Rombongan cik kiah dari kami akan bertolak jam 11 pagi ke rumah pengantin. baju putih merah hati menjadi pilihan ani betul2 mamukau mataku yang sememangnya gilakan 2 warna tu...jam 10.30 pagi semuanya telah hadir alhamdulillah, segala nya dah selesai kini.

biarpun aku dan suami kepenatan namun, tuntutan kerja pada hari esok (19 Jun) mengajak kami pulang ke kuantan. petang itu juga aku bertolak pulang..
buat mak dan aboh, tahniah kerana dapat menantu baru... semoga keluarga kita terus bersatu sehingga akhirnya.. buat korang, aku kepilkan gambar ani..


wajah ani yang anggun dengan seri pengantin.




hadiah yang ani dapat...bapok banyok!!!!


hantaran dari pihak lelaki untuk ani.. 15 dulang beb!!!


gambar selebihnya aku tak dapat ambik.. kena bertugas sampaikan lupa nak rakam gambar ngan enset.. sowieeeee....

2 comments:

Hanis Tang said...

seronok tengok orang kahwin, nak jugak tapi jeng jeng jeng.. hihi!

Kuku Cegon said...

banyaknyer hadiah kawen . . nak nak !

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update