Tuesday, November 9, 2010

Home » » Pelakon Sembunyi 5 Jam Dalam Balai Polis

Pelakon Sembunyi 5 Jam Dalam Balai Polis

AMPANG: Malu wajahnya dirakam media, pelakon lelaki dan tunangnya yang dibebaskan semalam selepas dua hari ditahan kerana kes dadah sanggup menyembunyikan diri di dalam bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, selama lima jam.

Pelakon berusia 30 tahun itu yang membintangi beberapa drama dan filem antaranya Evolusi KL Drift, ditahan bersama tunangnya yang berusia 24 tahun kira-kira jam 8 malam Jumaat lalu di sebuah stesen minyak berhampiran Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Kedua-dua mereka direman dua hari selepas ujian air kencing mendapati mereka positif dadah jenis Methamphetamine.

Mereka yang direman sehingga semalam, dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan dan keterangannya bersama tunangnya dirakamkan.


Difahamkan, proses pembebasan pelakon dan tunangnya itu selesai kira-kira jam 12 tengah hari, namun seorang saudara pelakon terbabit yang datang untuk menjemput mereka menyedari kehadiran wartawan dan jurugambar lantas memberitahu pelakon itu sehingga menyebabkan dia enggan keluar dari sebuah bilik dipercayai di tingkat tiga bangunan IPD berkenaan.


Berikutan itu, petugas media yang menunggu di IPD berkenaan sejak jam 12 tengah hari gagal merakam kelibat pelakon terbabit dan beredar pada jam 4 petang.

Difahamkan, pasangan terbabit akhirnya keluar dan meninggalkan kawasan IPD itu pada kira-kira jam 5 petang selepas mendapati keadaan sudah ‘selamat’ untuk mereka keluar.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin, berkata tempoh tahanan reman pasangan terbabit berakhir pagi semalam dan mereka dibebaskan selepas semua proses dokumentasi selesai.

Beliau berkata, pihaknya selesai menjalankan siasatan terhadap kedua-dua suspek yang direman itu dan keterangan mereka juga sudah direkodkan.

“Kedua-duanya dibebaskan pagi tadi (semalam) dengan jaminan polis, namun mereka enggan keluar kerana mengetahui kehadiran pihak media. Kami tidak boleh memaksa mereka supaya beredar kerana itu hak mereka,” katanya.

P/S  Apa nak dimalukan kalau tak buat salah

5 comments:

iEyLa said...

sape ek artis tu??
dah salah cmtu la..thu plak malu..hehe

Zaidah said...

maksudnyer memang diorang bersalahlah kan..sapalah yerk..

- zuriey - said...

sebab salah kot tue yang malu..siapa lah agaknya tue

encHIx laNDax said...

sape aek??

ijat_asni said...

siapakah ?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update