Thursday, June 17, 2010

Home » » Karektor Anak Dalam kedudukan Keluarga

Karektor Anak Dalam kedudukan Keluarga



Anak Sulung

Anak sulung merupakan cahaya mata yang pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih dan perhatian ibubapa.Apabila hadirnya adik baru dalam keluarga mereka akan merasa tertekan. Mereka akan mencari alasan atau membuat perkara perkara yang boleh mencuri tumpuan ibubapa.
Sebab itulah apabila mereka meningkat dewasa,mereka boleh menjaga diri mereka dan sanggup berkorban untuk keluarga.


  • seorang yang bersikap pelindung,bersikap bertolak ansur serta ego
  • Sering berjaya dalam hidup
  • Lebih pandai mengambil hati orang tua
  • Rela berkorban untuk keluarga
  • Nilai tanggungjawab yang tinggi

Anak tengah

Anak tengah ini biasanya lebih pelik dari anak anak yang lain. Mereka lebih gemar berdikari dan buah hal sendiri. Ini kerana bagi mereka, mereka bukanlah golongan Favourite antara adik beradik yang lain. Seringkali mereka merasa terpinggir dalam banyak hal mereka terpaksa mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Sebab itu mereka mudah dilanda tekanan.
Sebab itulah mereka akan melakukan perkara yang terbaik saja untuk diri mereka tanpa terlalu mengharapkan bantuan orang lain.

  • Lebih berdikari berbanding adik beradik lain
  • Tahap keyakinan yang tinggi
  • Suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri
  • Cepat atau mudah mengalah

Anak Bongsu

Ungkapan anak bongsu sudah memadai untuk orang lain membuat tafsiran bagaimana sifat mereka. Mereka sering digambarkan sebagai anak manja, besar kepala dan mahu orang lain mengikut kehendak mereka. Ini kerana sejak kecil, segala kehendak mereka akan dipenuhi dan dituruti. Walaupun mereka yakin dengan diri sendiri namun walau sedikit mereka akan meminta bantuan orang. Pendek kata mereka akan sentiasa memerlukan bantuan atau sokongan dari orang lain.
Tapi bukan semua anak bongsu bersikap demikian. Ini semua bergantung atas didikan ibubapa. Mereka mampu berjaya asalkan diberi peluang kepada mereka.

  • Happy Go Lucky
  • Manja
  • Bercita cita Tinggi
  • Sukar membuat keputusan sendiri

2 comments:

Aliesha Kirana said...

say yg tgh tp sy still manja ngan family..heheheehe~~~ tp btol gak karektor tu..hehe..thanks sharing.. jom singgah Citra Hati Aliesha Kirana

En. Epai said...

aku anak kedua ketegori tengah ekkkk....blurrr

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update