Wednesday, September 22, 2010

Home » » Plum penawar penyakit gastrik

Plum penawar penyakit gastrik


plum
Plum merupakan sejenis buah yang berada dalam kumpulan ceri dan sangat dikenali dengan rasanya yang manis dan sedap. Oleh kerana itu, ia banyak digunakan dalam penghasilan produk hiliran seperti jus dan juga dikeringkan sebagai makanan ringan. Di sebalik rasanya yang enak, buah plum turut mempunyai kelebihan mempunyai pelbagai khasiat untuk manfaat manusia. Ia mengandungi sejenis bahan dikenali sebagai diphenylisation yang bertindak mencuci perut bagi mengatasi masalah sembelit.  

Selain itu, plum juga merupakan penawar bagi mengubati penyakit gastrik akibat inflamasi pada lapisan mukus di perut kesan pengambilan terlalu banyak makanan berempah, alkohol dan ubat-ubatan. Buah ini turut mengandungi serat yang merupakan zat penting dalam penjagaan kesihatan harian. Ia juga sesuai diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah kolestrol untuk membantu menurunkan paras serum dalam darah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update