Monday, September 20, 2010

Home » » Tahukan anda Sebatang pensel hasilkan 56 kilometer garisan

Tahukan anda Sebatang pensel hasilkan 56 kilometer garisan



http://3.bp.blogspot.com/_xmCA2iotEbE/SdIXEGSew0I/AAAAAAAAAyY/WWaJjYR5igE/s320/pensel.gifSEJAK di bangku sekolah, pelajar telah menggunakan pensel sebagai medium untuk menulis dan merekodkan apa yang dipelajari. Alat tulis tersebut sebenarnya diperbuat daripada sebatang pigmen yang terdiri daripada bahan grafit berwarna ayau arang. Pigmen itu diletakkan di dalam sebatang kayu keras atau plastik sebagai material luar yang menyokong dan membentuk pensel. Secara puratanya, sebatang pensel boleh melakar garisan lurus sepanjang 56 kilometer atau menulis sebanyak 50,000 patah perkataan.

Di Amerika Syarikat, sebanyak dua bilion batang pensel telah dihasilkan setahun dan jika semuanya digunakan untuk membuat garisan, ia boleh menghasilkan garisan mengelilingi bumi sebanyak sembilan kali.Berbeza dengan pen yang menggunakan cecair, tanda yang dibentuk menggunakan pensel boleh dihilangkan mengginakan getah pemadam.Memberi revolusi kepada alat tulis berkenaan, ia kini telah dicipta dalam bentuk mekanikal untuk penggunaan yang lebih mudah dan selesa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update