Ketua pasukan Kelantan, Indra Putra Mahayuddin menjulang trofi selepas pasukan 'The Red Warriors' itu menewaskan pasukan Negeri Sembilan dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu malam. - Foto S.S KANESAN /The Star |
KUALA LUMPUR: Kelantan menjuarai Piala Malaysia selepas mengalahkan Negeri Sembilan dengan keputusan 2 - 1 pada perlawanan akhir yang diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu malam.
Gol Kelantan dijaringkan oleh penyerang, Hairuddin Omar pada minit ke-57 dan pemain tengah, Mohd Badhri Radzi, 65'.
Manakala penyerang Negeri Sembilan, Shahrulain Abu Samah menjaringkan gol tunggal pasukannya seawal minit ke-13.
Perlawanan akhir tersebut diadili oleh Subkhiddin Mohd Salleh.
1 comments:
tahniah Kelantan, Selangor & N9 sebab menang kejuaraan musim ni. support lah sukan tanah air. yeah! GKG
http://rockcintan.blogspot.com/2010/11/akhirnya.html
Post a Comment