Thursday, October 21, 2010

Home » » Permainan Tradisional Yang Semakin Dilupakan

Permainan Tradisional Yang Semakin Dilupakan


Koba

Permainan ini amat mudah dilakukan dan ia menggunakan dua jenis alat sahaja iaitu sekeping serpihan batu leper dan kotak rokok. Dalam hubungan ini lazimnya kanak-kanak pada masa dahulu suka mencari dan mengumpulkan kotak rokok untuk digunakan dalam permainan ini. Tempat bermain tidak memerlukan kawasan yang luas. Setiap permainan memerlukan sekurang-kurangnya 2 orang. Bilangan pemain yang paling sesuai ialah 3 atau 4 orang.

Biji Saga

Permainan ini juga dikenali dengan nama 'main buah saga'. Nama yang lebih tepat ialah biji saga kerana bahan yang dijadikan alat permainan ini adalah biji saga. Permainan ini sesuai dimainkan oleh kanak-kanak perempuan. Bagaimanapun ada juga kana-kanak lelaki yang bermain permainan ini. Tempat bermain yang paling sesuai ialah di atas simen. Lazimnya apabila permainan ini diadakan, rakan-rakan sebaya akan duduk berhampiran untuk menyaksikan kecekapan dan kebolehan sesesorang pemain melagakan biji saga yang diselerakkan di atas lantai.

Batu Seremban

Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan permainan ialah untuk memungut mata timbangan terbanyak. Bilangan pemain ialah beberapa pasukan atau satu (1) orang sebelah / sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Lima (5) uncang (3 cm persegi satu butir). Gelanggangnya adalah Permukaan rata.

Ceper

Permainan ini hampir sama bentuknya dengan 'main koba' tetapi bahan yang digunakan adalah berbeza. Bahan-bahan yang dijadikan alat permainan ini ialah tutup botol minuman yang diperbuat daripada timah dan ia dileperkan. Satu lagi alat yang digunakan ialah kepingan serpihan batu seperti yang digunakan dalam permainan koba.

Dam Harimau

Merupakan jenis permainan Anjung. Tujuan permainan ialah untuk mengumpul dan giliran menapak akhir. Bilangan pemain ialah seorang sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Papan congkak dan cakak. Gelanggangnya adalah sebuah papan congkak yang mengandungi sekampong 5, 7, 8 atau 9; Rumah Anak serta 1 Rumah Ibu. Tiap Rumah Anak diisi cakak.

Galah Panjang

Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan dan matlamat permainan adalah untuk mengalahkan pihak lawan melalui jumlah Bilon yang diperolehi. Pemain terdiri daripada regu iaitu tiap-tiap regu mestilah mengandungi lima (5) orang pemain ( empat (4) orang pemain dan satu (1) simpanan ). Perlawanan di dalam permainan ini adalah berkonsepkan ‘Pertahan’ oleh satu regu dan ‘Penyerang’ oleh satu regu yang lain. Gelanggang Galah panjang di bina di eprmukaan yang rata dan mendatar.

Ketingting

Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan permainan ialah untuk mengimbang badan ke padan/ paduk. Bilangan pemain ialah beberapa pasukan atau tiga (3) orang seregu sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Gundu/ Tagan. Gelanggangnya adalah permukaan yang rata; dibina Rumah Ketinting yang mengandungi 9 petak segi empat sama berukuran 40 cm setiap petak iaitu Satu petak – loteng, Dua petak – serambi, Satu petak – tengah, Satu petak-kelek, Dua petak-lambur, Dua petak-tangga. Jarak paduk dengan tangga 5 meter.


Sepak Raga Ratus

Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan permainan ialah untuk menimbang bola. Bilangan pemain ialah beberapa pasukan atau lima (5) orang seregu sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Bola raga. Gelanggangnya adalah permukaan rata, dibina lengkang bulatan bergaris pusat tiga (3) meter.

Tating Lawi

Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan permainan ialah untuk menating bola lawi. Bilangan pemain ialah beberapa pasukan atau satu (1) orang sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Bola lawi. Gelanggangnya adalah Permukaan rata.

3 comments:

apat said...

thanks yah for this

Anonymous said...

Sebab dunia Melayu dah semakin melupakan adat

misspchocof said...

entry yg best.. (Y)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update