Thursday, October 7, 2010

Home » » Siti jalani kaedah rawatan penyuburan cara akupunktur

Siti jalani kaedah rawatan penyuburan cara akupunktur








EKSTRA!
 
GARA-GARA membatalkan konsertnya di Pulau Pinang pada 25 September lalu biarpun sudah menerima wang pendahuluan RM60,000 macam-macam spekulasi dibuat mengenai diva Datuk Siti Nurhaliza Tarudin. 

Ada yang kata pembatalannya berkaitan dengan politik antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat, tetapi ramai juga yang mengandaikan Siti sudah mengandung.
 

Siti yang sebelum ini sudah pun menafikan tentang kehamilannya bagaimanapun baru-baru ini mengakui beliau sedang menjalani kaedah rawatan penyuburan secara akupunktur bagi mendapatkan anak.
 

Siti Nurhaliza berkata, kaedah rawatan tersebut dilakukan secara kebetulan ketika beliau dan suaminya Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa bercuti di London sebelum menunaikan umrah di Makkah pada Ogos lalu. Saya akui ada buat rawatan penyuburan tetapi secara akupunktur dan meminum beberapa herba untuk penyuburan tetapi bukan menjalani rawatan persenyawaan tabung uji atau IVF (In Vitro Fertilisation) atau melalui permanian berhadas (IUI) seperti didakwa.
 

'Ia hanyalah kebetulan dan bukanlah dirancang kerana kami ke sana adalah sebagai meraikan ulang tahun perkahwinan keempat kami,' kata Siti, lapor Mstar.
 

Bagaimanapun, Siti mengaku beliau sentiasa berusaha dan berdoa agar dikurniakan cahaya mata sebagai pengikat kasih perkahwinannya yang dibina pada 2007.
 

'Namun begitu saya belum bersedia untuk melakukan rawatan secara serius seperti IVF dan IUI,' kata Siti, yang kini masih lagi bercuti dari sebarang kegiatan seninya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update