BANGKOK - Lebih 340 janin bayi dijumpai di sebuah kuil Buddha di Bangkok selepas orang ramai mengadu mengenai bau busuk, menurut polis Thailand, semalam.
Penemuan janin yang dihantar ke kuil itu dari beberapa klinik pengguguran haram menyebabkan enam penjaga rumah mayat turut ditahan untuk siasatan.
Ketua rumah mayat di Kuil Phai-nguern Chotinaram di pusat bandar Bangkok itu dilaporkan mengaku menerima janin tersebut daripada beberapa klinik untuk dibakar.
Seorang penduduk yang tinggal berhampiran kuil itu, Puak Eiamchan berkata, jumlah janin yang begitu banyak di kuil tersebut dipercayai berpunca daripada kerja-kerja pembaikan ruang pembakaran yang telah berlangsung selama dua bulan, menyebabkan janin tidak dapat dihapuskan pada masa yang sepatutnya.
“Saya yakin perbuatan ini telah lama dilakukan tetapi baru didedahkan kerana mereka tidak dapat menghapuskan janin sehingga menimbulkan bau busuk,” katanya.
Perbuatan menggugurkan kandungan adalah salah di sisi undang-undang Thailand.
Friday, November 19, 2010
Lebih 340 janin manusia ditemui di Kuil
2010-11-19T19:00:00+08:00
alissa
umum|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)