Thursday, November 18, 2010

Home » » Restoran rakyat Malaysia menang anugerah 'The Guide Awards 2010'

Restoran rakyat Malaysia menang anugerah 'The Guide Awards 2010'

KUALA LUMPUR - Sebuah restoran yang menyediakan makanan halal milik rakyat Malaysia di bandar raya Ho Chi Minh memenangi anugerah 'The Guide Awards 2010' buat kali kedua berturut-turut.


Restoran tiga tingkat Halal@Saigon yang terletak bersebelahan dengan Masjid pusat dan hotel mewah Sheraton itu dinobatkan sebagai "Outlet Makanan Terbaik" dalam satu majlis penyampaian anugerah anjuran Vietnam Economic Times yang memberi pengiktirafan kepada usahawan terbaik dalam sektor perkhidmatan dan pelancongan.

Pakar nutrisi Dr M. Shimi Sumathi yang membangunkan restoran itu berkata, 125 pengusaha bidang pelancongan terkemuka di Vietnam, termasuk hotel-hotel bertaraf lima bintang, disampaikan dengan pelbagai anugerah dalam majlis yang diadakan di bandar raya Danang baru-baru ini.

"Ia merupakan pengiktirafan kepada perkhidmatan dan kualiti makanan yang kami sediakan, di samping turut memberi pengiktirafan kepada masakan Malaysia," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update