Monday, December 6, 2010

Home » » 24 Selebriti Jual Kek Coklat

24 Selebriti Jual Kek Coklat



KUALA LUMPUR: Kehadiran 24 selebriti di Great Estern Mall (GEM), Sabtu membantu melariskan jualan kek coklat untuk kutipan amal.


Mereka termasuklah Marsha Londoh, Jehan Miskin, Juliana Evans, Lisdawati, Siti Shahriza, Farhan Azizan, Amber Chia, Diddy Hirdy, Sharnaaz Ahmad, Faeza Elai dan Fouziah Gous.

Pihak GEM mensasarkan sebanyak RM17,000 hasil jualan kek itu untuk didermakan kepada badan kebajikan kanak-kanak.

Menurut Eksekutif Kanan Periklanan dan Promosi GEM, Jessica Lee Siao Hoon, sebanyak 15 buah hotel di ibu kota yang terlibat dengan Pertandingan Kek Coklat ke-4 dan aktiviti jualan kek.

Kek dijual pada harga RM15 sepotong dan RM500 sebiji.

Antara hotel yang terlibat termasuklah Berjaya Times Square Hotel, Crown Plaza Mutiara Kuala Lumpur, Dorsett Regency Hotel, Empire Hotel, Le Meridien, Mandarin Oriental, The Legend Hotel dan Sheraton Imperial Hotel.

Pemenang tempat pertama, kedua, ketiga, kategori kek coklat paling kreatif dan kek coklat terbaik berjaya membawa pulang sebuah trofi masing-masing.


Pertandingan ini diadili oleh chef selebriti Datuk Chef Wan selaku ketua juri, wakil GEM, Bruce Lee Yee Lam, Emilya Ab Rahim (ntv7), Winnie Yong (Prestige), Sharifah Intan (Weekender, The Star), Kee Hua Chee (Lifestyle Journalist), Theresa Madavalan (Life & Times, NST), Elaine Kwong (Women’s Weekly), Salina Abdullah (Berita Harian) dan Rahayu Salleh (Harian Metro).

Pertandingan ini pertama kali dianjurkan pada tahun 2004 dan tahun ini merupakan tahun keempat.

Mstar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update