Thursday, November 11, 2010

Home » » Bayi mangsa sindiket 'telah dijual kepada pasangan Singapura'

Bayi mangsa sindiket 'telah dijual kepada pasangan Singapura'

10 Nov 2010

KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki yang diselamatkan daripada dijual sindiket penjualan bayi di sebuah hospital swasta di sini minggu lalu dan disyaki dijangkiti HIV dikatakan sudah dijual pada harga RM20,000 ($8,326) kepada pasangan dari Singapura.

Bayi berusia kira-kira empat bulan itu antara yang ditawar untuk dijual hospital tersebut baru-baru ini tetapi diselamatkan dan kini ditempatkan di Pusat Perlindungan Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurut sumber, bayi itu, yang kini mendapat rawatan dan menjalani ujian HIV, yang boleh membawa kepada penyakit Aids, di Hospital Kuala Lumpur, dijual kepada pasangan dari Singapura.

'Pasangan itu bersetuju membeli bayi lelaki itu sebelum serbuan dilakukan minggu lalu,' kata seumber itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, sebelum ini berkata enam suspek, termasuk seorang doktor bergelar 'Datuk', ditahan berhubung sindiket di hospital di Jalan Ipoh itu. Isteri dan anak perempuan doktor itu turut ditahan.

Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, minggu lalu berkata pihaknya sedang menyiasat jumlah bayi yang menjadi mangsa sindiket itu.

'Setakat ini hanya dua bayi berjaya diselamatkan dan polis tidak menolak kemungkinan ia melibatkan jumlah yang ramai jika diambil kira hakikat h
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update